
SEMPORNA: Pelabur asing dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dialu-alukan untuk membina sebuah hospital pelancongan di daerah ini, bagi memudahkan pelancong mendapatkan rawatan dengan lebih pantas.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib berkata, dengan wujudnya hospital tersebut, pelancong tidak perlu lagi bersesak-sesak di hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan.
“Anda tahu hospital kita tidak setanding dengan hospital mereka (pelancong asing).
“Jadi saya mengalu-alukan pelabur dan juga GLC kerajaan untuk membina hospital pelancongan, biarpun kecil, khususnya bagi pelancong dari luar negara,” kata Adun
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Sugut itu kepada media selepas melawat Hospital Semporna, Ahad.
Sementara itu, beliau turut menyatakan beberapa perkara lain berkaitan perkhidmatan perubatan di hospital itu yang perlu diberi perhatian.
Menurutnya, hospital itu perlu dilengkapi 10 mesin dialisis, dan dua bilik bedah baharu.
“Ini perlu kerana Hospital Semporna ketika ini hanya mempunyai satu bilik bedah yang telah digunakan selama 54 tahun.
“Ini untuk tujuan pengendalian kes kecemasan, khususnya bagi kes bersalin secara pembedahan.
“Selain itu, pihak hospital juga memerlukan tambahan 110 kakitangan untuk melancarkan operasi harian di hospital ini,” katanya..
Menurut Pengarah Hospital Semporna, Dr Wan Sherhan Wan Ilyas, hospital itu amat memerlukan doktor pakar dalam pelbagai bidang.
Setakat ini, tambah Dr Wan Sherhan, Hospital Semporna mempunyai 271 kakitangan sedia ada.
“Bagaimanapun, jumlah kakitangan sekarang tidak mencukupi kerana mengikut rekod, dalam setahun kita menerima 23,000 pesakit di hospital ini.
“Antara mereka yang mendapatkan rawatan di sini ialah mereka yang mengalami kecederaan kritikal.
“Sementara itu, kita juga merekodkan 1,200 wanita bersalin di hospital ini dalam tempoh setahun,” katanya.
Oleh itu, Dr Wan Sherhan berkata terdapat keperluan untuk pakar seperti pakar perubatan, pakar kecemasan, pakar rawatan rapi, pakar sakit puan dan lain-lain.
Dalam pada itu, berhubung Klinik Kesihatan Pulau Bum-Bum, James berkata, operasi harian klinik terbabit terjejas berikutan kemunculan masalah yang perlu diatasi secepat mungkin.
Menurutnya, antara masalah yang dihadapi klinik itu ialah masalah bekalan air dan elektrik, serta ancaman hidupan liar.
“Justeru, kami memohon Jabatan Perhilitan mengambil tindakan sewajarnya segera bagi mengatasi masalah (hidupan liar) ini,” jelasnya.
Sementara itu, Pemimpin Pembanguan Masyarakat (PPM) Sulabayan, Datuk Hajan Gurimbang berkata, kemudahan elektrik dan air di Jeti Balimbang, Pulau Bum-Bum amat diperlukan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
