Sempurnakan Harimu Dengan Minuman Teh Bru Sejuk Terbaharu

FoodCooking
16 Jul 2022 • 5:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar ihsan The Coffee Bean & Tea Leaf®

Tiada apa yang lebih nikmat daripada menikmati segelas minuman berais ketika cuaca panas terik. Setiap tegukan minuman yang dingin pasti melegakan tekak yang kering. 

Baru-baru ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia telah memperkenalkan minuman teh bru sejuk (Cold Brew Tea) baharu untuk merangsang deria rasa anda. Cukup sempurna untuk cuaca yang panas di Malaysia.

Direndam sejuk selama 5 jam, daun-daun teh yang dipilih dengan tangan membekalkan kemulusan dan aroma sebagai asas sempurna bagi teh bru istimewa ini, sekali gus menonjolkan kelazatan buah-buahan sebenar yang diselitkan bersama. 

image is not available
Mango By The Peach - Gambar ihsan The Coffee Bean & Tea Leaf®

Barisan minuman ‘Behold the Cold’ ini membekalkan ledakan rasa yang manis lagi menyegarkan untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. 

Barisan teh bru sejuk terbaharu ini hadir dengan aneka gandingan teh serta buah. Antaranya Mango Cold Brew Tea, Watermelon Lychee Cold Brew Tea, dan Peach Jasmine Cold Brew Tea yang pernah diperkenalkan sebelum ini. Setiap profil perisa baharu telah dirumus khas menggunakan tangan untuk mencari gandingan teh dan buah-buahan yang sempurna. 

image is not available
Matcha Choc Swirl - Gambar ihsan The Coffee Bean & Tea Leaf®

Mango Cold Brew Tea menjodohkan puri mangga sebenar dengan teh hitam yang telah diperam sejuk, menambah rasa manis serba tropikal sebagai asas teh hitam ini yang benar-benar lazat. 

Sementara Watermelon Lychee Cold Brew Tea tampil mempesona dengan rasa tembikai yang memikat selera. Lebih menarik, ia turut didatangkan dengan biji-biji laici segar. Kombinasi rasa masam-masam manis ini mana mungkin dapat dilepaskan begitu sahaja. 

Gembirakan hati dengan menu musim panas 

Untuk pengalaman menjamu selera yang lebih menggembirakan, terdapat juga beberapa hidangan musim panas sebagai ‘peneman’ kepada barisan minuman bermusim terbaharu ini. 

image is not available
Kek Mango Sunshine - Gambar ihsan The Coffee Bean & Tea Leaf®

Bertemakan pantai tropika dan sinaran mentari, ialah aneka hidangan sampingan dalam bentuk kek, tart dan biskut. Ia termasuk kek Mango Sunshine, kek Midsummer Calamansi, tart Mango by the Peach, Strawberry Sugar Cookie dan tidak ketinggalan Matcha Choc Swirl yang pastinya menggamit perhatian penggemar matcha atau coklat di luar sana. 

image is not available
Midsummer Calamansi - Gambar ihsan The Coffee Bean & Tea Leaf®

Bagi mereka yang sedang berusaha mengawal pengambilan gula dalam diet harian, bolehlah memesan salad makaroni yang tidak kalah rasanya. Malah nampak cantik di dalam pinggan.

image is not available
Salad Macaroni - Gambar ihsan The Coffee Bean & Tea Leaf®

Selamat berhujung minggu dan menikmati hidangan yang ada gemari! - Getaran, 16 Julai 2022