Semua Ada, Tapau Makanan Kegemaran Anda Di Takeaway By Laila Kitchen Kuching

26 Nov 2023 • 10:47 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Semua jenis makanan yang sudah siap dibungkus ada di sini

Semua Ada, Tapau Makanan Kegemaran Anda Di Takeaway By Laila Kitchen Kuching. Di Semenanjung sudah tular konsep kedai yang menyediakan pelbagai makanan yang sudah siap di bungkus dengan kemas untuk dibawa pulang oleh para pelanggan.

Begitulah konsep yang turut dilakukan oleh Takeaway by Laila Kitchen di mana mereka ada menyediakan pelbagai pilihan makanan menarik daripada makanan berat hingga makanan ringan untuk anda.

image is not available
Semua Ada, Tapau Makanan Kegemaran Anda Di Takeaway By Laila Kitchen Kuching. Kredit gambar: FB Takeaway by Laila’s Kitchen

image is not available
Kredit gambar: FB Takeaway by Laila’s Kitchen

image is not available
Kredit gambar: FB Takeaway by Laila’s Kitchen

Makanan yang anda boleh cuba di sini

Antara makanan yang anda boleh dapati di sini adalah Nasi Aruk Ikan Terubok, Nasi Pengilan Ayam/Daging, Nasi Ayam Crispy, Kerabu Maggi, Wantan Goreng, Vietnam Roll, Roti Kukus, Durian Crepe, Chocolate Moist Cke, Choco Jar, pelbagai jenis biskut dan banyak lagi makanan lain. Senang cakap, di sini memang syurga makanan lah buat foodie di luar sana!

Pilih sahaja makanan apa yang anda inginkan, kemudian anda boleh bawanya pulang untuk dikongsikan bersama orang tersayang. Senang, cepat dan amat menjimatkan masa.

image is not available
Kredit gambar: FB Takeaway by Laila’s Kitchen

image is not available
Kredit gambar: FB Takeaway by Laila’s Kitchen

image is not available
Kredit gambar: FB Takeaway by Laila’s Kitchen

Untuk harganya pula, anda jangan risau kerana makanan di sini semuanya dijual dengan harga yang berpatutan. Takeaway by Laila Kitchen ini juga merupakan kedai milik muslim di mana makanan yang diambil semuanya dijual oleh peniaga beragama Islam.

Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang anda untuk shopping makanan di Takeaway by Laila Kitchen ini!

Maklumat penting!

Lokasi: Takeaway by Laila Kitchen, 18A Jalan Semarak, Kuching.

Waktu operasi: 10 pagi hingga 7.30 petang (tutup hanya pada hari Ahad)

Nombor telefon: 010-269 5578

Lagi port makan menarik untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/syurga-seafood-murah-nikmati-makanan-laut-segar-di-suria-kitchen-telaga-air/

https://www.iloveborneo.my/syurga-cendol-di-kuching-anda-perlu-nikmati-aneka-menu-lazat-ini-di-cendol-mami-jalan-matang/