“Semua Berlumba Nak Cantik Tapi..” – Noorkhiriah Luah Rasa Sedih Kini Jadi ‘Trend’ Selebriti Buka Tudung

1 Aug 2023 • 11:02 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Noorkhiriah Ahmad Shapie meluahkan rasa sedih di satu hantaran Instagram susulan kini ramai selebriti wanita memilih untuk free hair selepas sekian lama memakai tudung.

Melalui hantaran yang dimuat naik, biarpun dia meluahkan rasa sedih, pelakon tersebut mengakui tidak layak untuk menilai hidup seseorang tetapi hanya mahu memberi pesanan sahaja.

Zaman medsos ni semua berlumba nak cantik. Sebolehnya hati kena kental dik..

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

Bagaimanapun, pesana yang dititipkan oleh Noorkhiriah adalah untuk semua pihak dan tidak menyebut nama mana-mana individu.

Dalam pada masa yang sama, dia turut berkata setiap manusia akan diuji dan pesana ini adalah peringatan untuk diri sendiri juga.

Sekadar info, sejak kebelakangan ini banyak selebriti wanita yang dahulunya bertudung kini memilih untuk free hair seperti Alya Iman, Anis Sofea iaitu isteri Haqiem Rusli serta yang terbaru, Masya Masyitah.

image is not available 2 days ago

"Terus Pakai Baju Crop, Skirt Pendek" - Tiada Lagi 'Fesyen Muslimah Melampau', Masya Masyitah Pilih 'Free Hair'