Semua ceramah perlu kelulusan, tauliah

8 Oct 2022 • 3:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Yusop

IPOH - Sebarang bentuk ceramah agama di mana-mana tempat di negeri ini wajib mendapat kelulusan daripada pegawai tadbir agama.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, adalah menjadi satu kesalahan kepada penganjur dan individu sekiranya ceramah itu dilakukan tanpa kebenaran.

"Apa pun program ceramah agama, hendaklah mendapat kelulusan dan pentauliahan yang sah.

"Peraturan ini perlu dipatuhi demi kepentingan bersama," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Mengulas isu tular di media sosial, Mohd Yusop berkata, Perak tidak menerima sebarang laporan berhubung penganjuran program keagamaan melibatkan individu yang digelar cicit keturunan Rasulullah itu.

Menurutnya, semakan mendapati penganjuran program keagamaan yang dijadualkan di beberapa negeri itu tidak melibatkan Perak.

"Belum ada lagi di sini," katanya.

Tular video di TikTok mengenai ceramah agama disampaikan oleh individu digelar sebagai cicit keturunan Rasulullah.

Perkara itu menjadi isu apabila ada pihak mempertikaikan kelulusan ceramah yang diperoleh selain salasilah keturunan yang masih diragui.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved