Semua ISP Malaysia Perlu Melakukan Lencongan DNS Bermula 30 September

TechnologyDigital
6 Sep 2024 • 4:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Semua penyelia perkhidmatan internet (ISP) di Malaysia akan perlu melakukan lencongan DNS untuk perniagaan, perusahaan dan kerajaan bermula 30 September. Arahan ini ditemukan oleh The Star pada laman FAQ Maxis yang akan menyebabkan semua trafik yang menggunakan DNS awam seperti Google DNS (8.8.8.8 dan 8.8.4.4) dilencongkan ke DNS milik ISP. Dengan ini teknik menggunakan DNS bagi memintas halangan kepada laman web tertentu tidak lagi boleh digunakan.

image is not available

Ini secara tidak langsung membolehkan kerajaan menghalang trafik ke laman-laman tertentu secara menyeluruh. Maxis berkata SKMM akan memantau dan menguatkuasakan pelaksanaan lencongan DNS dengan teliti untuk memastikan semua penyedia perkhidmatan Internet mematuhi peraturan dan arahan SKMM. Hanya DNS awam sahaja akan terjejas dengan arahan yang dikeluarkan ini. DNS peribadi yang dihoskan sendiri atau dengan DNS melalui HTTPS (DoH) pada pelayar web akan dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Laman-laman yang dihalang di Malaysia ialah yang terlibat dengan perjudian, lucah, cetak rompak, penipuan atas talian dan pelbagai jenayah lain. Sungguhpun begitu seperti yang kami laporan hari ini, laman portfolio atas talian ArtStation telah dihalang di Malaysia tanpa sebarang sebab diberikan.