‘Semua makanan yang membahayakan tidak akan dijual di sekolah’ – Fadhlina

LocalFood
10 Mar 2025 • 10:52 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan, semua jenis makanan yang membahayakan dan memberi kemudaratan tidak akan dijual dalam kawasan sekolah.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pihaknya akan menghalang perkara terbabit, sekiranya ada pihak berbuat demikian.

“Saya mengulangi penegasan bahawa semua makanan yang membahayakan dan boleh memudaratkan pelajar serta murid tidak dibenarkan sama sekali dijual di dalam premis Kementerian Pendidikan (KPM).

“Dalam premis KPM, saya beri jaminan tidak akan ada makanan yang membahayakan. Namun bagi mereka yang menjual di luar premis atau luar kawasan sekolah, ia memerlukan kerjasama beberapa pihak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Susulan itu, beliau meminta kerjasama dari pengetua dan Guru Besar supaya mengadakan perbincangan dengan pihak PBT menyelesaikan isu berkenaan.

“Saya minta kerjasama pengetua dan guru besar supaya mengadakan perbincangan dengan PBT bagi memastikan makanan membahayakan itu tidak diperoleh dengan mudah,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved