Semua MRSM cuti esok - Asyraf Wajdi

LocalFootball
27 Jul 2025 • 8:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Asyraf Wajdi menerusi hantaran di Facebook memaklumkan semua MRSM di seluruh negara diisytiharkan cuti pada Isnin.

SHAH ALAM - Semua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara diisytiharkan cuti pada Isnin.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki susulan kejayaan MRSM Balik Pulau menjuarai Kejohanan Super Schools Rugby (SSR) 2025.

"Semua MRSM diisytiharkan cuti esok, 28 Julai 2025," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

MRSM Balik Pulau menerusi pasukan Cougars BP mencipta sejarah apabila muncul sebagai pasukan MRSM pertama bergelar juara kejohanan tersebut selepas menewaskan Victoria Institution (VI) dengan keputusan 14-13 dalam pertandingan akhir di Taman Ekuestrian Putrajaya.

Sebagai rekod, VI menerusi pasukan VI Blues merupakan pasukan pilihan dalam edisi kali ini setelah menjuarai SSR dua kali, iaitu pada edisi 2017 dan 2023.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved