"Semua Naik!" - Kereta Api Roti Halia Gergasi Krismas Dah Tiba Di Hilton Kuala Lumpur

LocalFood
21 Nov 2026 • 12:34 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

"Semua Naik!" - Kereta Api Roti Halia Gergasi Krismas Dah Tiba Di Hilton Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 18 November 2026 – Hilton menyambut musim perayaan di Hilton Kuala Lumpur menerusi Hilton Holidays, sebuah sambutan yang menggabungkan kreativiti, pengalaman kulinari dan tradisi yang dekat di hati.

Daripada lokomotif roti halia yang mengagumkan, diinspirasikan oleh hubungan hotel itu dengan KL Sentral, hinggalah kepada jamuan perayaan, hiburan secara langsung dan aktiviti kemasyarakatan yang menyentuh hati, hotel berkenaan menjemput para tetamu meraikan musim perayaan dari 18 November 2026 hingga 3 Januari 2027.

Perjalanan Krismas Yang Tiada Tandingan

Menjadi tarikan utama ialah North Pole Express, sebuah lokomotif roti halia luar biasa yang dihasilkan oleh pasukan kulinari dan kejuruteraan hotel berkenaan. Idea tersebut dicetuskan oleh cef eksekutif, Paul Mcloughlin bersama pasukannya pada Januari lalu. Ia diinspirasikan daripada perjalanan kereta api klasik sempena Krismas serta hubungan hotel dengan KL Sentral, sekali gus menawarkan kelainan daripada rumah roti halia tradisional.

Berukuran 15.5 kaki panjang dan 7.5 kaki tinggi, lokomotif itu menggunakan lebih 300 kilogram roti halia, lebih 1,500 bahagian yang dihasilkan satu persatu serta 80 kilogram gula aising. Ia dibina di atas rangka kayu seberat lebih 300 kilogram.

Dilengkapi perincian bercahaya, cerobong yang mengeluarkan wap dan terowong kereta api, hasil kreatif ini merupakan kereta api roti halia pertama dalam sejarah hotel berkenaan yang menjangkau 22 tahun. Pembinaannya memerlukan perancangan selama beberapa bulan serta lebih 180 jam kerja teliti oleh pasukan kulinari dan kejuruteraan hotel.

Bagi Cef Paul yang membesar di Kanada, hasil kreatif itu mengimbau kenangan Krismas bersalji, ayam belanda panggang air tangan ibunya serta waktu yang diluangkan bersama keluarga.

“Krismas sentiasa menjadi perayaan kegemaran saya. Ada sesuatu yang istimewa tentang kenangan zaman kanak-kanak, dan peluang mencipta semula rasa kagum itu untuk para tetamu menjadikan projek ini sangat bermakna.

“Melihat visi pasukan kami menjadi kenyataan selepas berbulan-bulan membuat perancangan amat menggembirakan,” kata Paul Mcloughlin, cef eksekutif Hilton Kuala Lumpur.

Image from: "Semua Naik!" - Kereta Api Roti Halia Gergasi Krismas Dah Tiba Di Hilton Kuala Lumpur

Berkongsi Kegembiraan Krismas

Sambutan bermula pada 18 November dengan majlis penyalaan pokok Krismas yang turut meraikan kira-kira 40 kanak-kanak dan golongan muda dari Lighthouse Children's Welfare Home. Persembahan khas koir akan memeriahkan acara, sekali gus meneruskan hubungan hotel dengan rumah kebajikan itu yang telah terjalin lebih lima tahun.

Sepanjang Disember, Santa Claus akan muncul setiap hari di sekitar hotel. Persembahan pancaragam dan koir secara langsung pula akan membawa kemeriahan perayaan ke ruang lobi dan lokasi makan pada 24, 25 dan 31 Disember serta 1 Januari.

Tetamu yang menginap pada malam Krismas, Hari Krismas dan malam Tahun Baharu turut boleh menikmati kemudahan perayaan khas di dalam bilik. Hiasan bilik Krismas yang diperibadikan juga disediakan dengan caj tambahan.

Sajian dan Sambutan Istimewa

Di Vasco's, suasana Krismas diraikan dengan bufet perayaan yang menampilkan makanan laut premium, lobster Thermidor, kambing panggang perlahan berperisa rosemary dan hidangan bermusim kegemaran ramai. Eggnog tradisional turut disajikan sepanjang Disember.

Graze menawarkan pengalaman menjamu selera berinspirasikan Itali menerusi Buon Natale, manakala Chambers Grill menyajikan hidangan istimewa panggang Josper dan crêpe Suzette yang disediakan di sisi meja.

Bagi pengalaman perayaan yang lebih istimewa, Chynna memperkenalkan menu padanan Itik London dan teh Cina, sementara Iketeru meraikannya dengan hidangan Kaiseki bermusim, Holiday Kaiseki. Sajian minum petang di The Lounge turut diberi sentuhan perayaan, di samping koktel bermusim di Aviary Bar.

Di Oro Café, kek Krismas buatan tangan, panettone tradisional, coklat dan ciptaan roti halia sesuai dijadikan hadiah atau dinikmati sendiri. Gerai perayaan di lobi hotel yang dibuka dari 18 November hingga 31 Disember turut menawarkan pilihan untuk membawa pulang sedikit kemeriahan Krismas.

Melanjutkan pengalaman North Pole Express di luar pameran perayaan, Hilton Kuala Lumpur memperkenalkan pengalaman menjamu selera khas di beberapa lokasi makan yang mengambil bahagian. Tetamu yang berbelanja RM500 atau lebih di satu lokasi yang mengambil bahagian boleh menikmati pengalaman makan eksklusif secara percuma di lokasi lain, termasuk minum petang, koktel istimewa dan sajian kulinari yang disediakan khas.

Tiket kereta api perayaan turut membawa sentuhan ceria kepada sambutan ini, sambil mengajak tetamu meneroka lebih banyak pengalaman menjamu selera yang ditawarkan hotel.

Sambutan akan berakhir dengan parti kira detik Tahun Baharu di lobi, yang menghimpunkan para tetamu untuk menyambut ketibaan 2027 dengan muzik dan kemeriahan perayaan.

Ahli Hilton Honors boleh menikmati keistimewaan menjamu selera eksklusif untuk tawaran perayaan terpilih, menjadikan musim ini lebih bermakna. Daripada kemeriahan North Pole Express hinggalah sambutan istimewa di meja makan, Hilton Kuala Lumpur menjemput para tetamu menikmati kegembiraan musim perayaan dengan cara Hilton Holidays.

Untuk pertanyaan dan tempahan sajian perayaan, hubungi +603 2264 2264 atau e-mel KULHI_F&B@hilton.com. Untuk mendapatkan program sajian perayaan, menu, harga dan tawaran bermusim yang lengkap, sila rujuk Brosur Elektronik Perayaan 2026 Hilton Kuala Lumpur.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved