Semua Nak Kembali Ke Sekolah, Gambar Tular Kecantikan Cikgu Dari Sarawak Ini Buat Ramai Kagum

29 Jan 2023 • 12:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gambar dimuat naik Kementerian Pendidikan Malaysia tarik perhatian ramai.

Semua Nak Kembali Ke Sekolah, Gambar Tular Kecantikan Cikgu Dari Sarawak Ini Buat Ramai Kagum. Tak dapat dinafikan waktu zaman persekolahan lah ramai diantara kita memperoleh banyak memori-memori indah terutamanya ketika bermain bersama rakan-rakan. Ketika belajar tu lain cerita, memori tersebut selalunya sudah pudar di ingatan hampir semua golongan dewasa.

Masa muda dahulu memang semua tak sabar nak menghabiskan zaman persekolahan masing-masing. Ini pula lain kisahnya, baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memuatnaik gambar lawatan kerja YB Menteri Pendidikan ke Negeri Sarawak yang bertempat di Miri yang telah membuat orang ramai teringin mendaftar masuk ke sekolah semula.

image is not available
Semua Nak Kembali Ke Sekolah, Gambar Tular Kecantikan Cikgu Dari Sarawak Ini Buat Ramai Kagum. Sumber foto: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Kecantikan cikgu di Sarawak curi perhatian ramai

Gambar tersebut mendapat perhatian ramai kerana pada salah satu gambar yang dimuatnaik tersebut terdapat gambar seorang guru wanita yang cantik bersama anak-anak muridnya.

Gambar guru jelita ini kemudiannya tular sehingga mendapat 3K perkongsian dan lebih dari 2K komen dari para netizen.

Ruangan komen dibanjiri dengan orang ramai yang nak kembali ke sekolah semula

Rata-ratanya para netizen berasa kagum dengan kecantikan guru di Sarawak ini sehingga ramai yang nak kembali semula ke sekolah!

image is not available
Sumber foto: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Di ruangan komen ada yang mengatakan, kalau cikgu ni ajar, tak akan ada istilah ponteng kelas dalam kamus hidup.

image is not available
Sumber foto: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Ada juga yang menanyakan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagaimana nak masuk semula ke sekolah guru tersebut dan menanyakan ada kerja kosong sebagai pekebun ke tak di sekolah itu.

image is not available
Sumber foto: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Terdapat juga komen yang mengatakan sekolah itu mesti di Sabah atau Sarawak kerana hanya di dua negeri tersebut sahaja ada banyak cikgu yang cantik-cantik.

image is not available
Sumber foto: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Ada yang mengatakan mereka tak cukup sekolah dan ada juga yang memberikan pickup line di ruangan komen tersebut!

image is not available
Sumber foto: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Hormatilah para guru, dan tinggalkan komen yang baik-baik sahaja

Apapun, sekolah adalah tempat untuk kita menimba ilmu, semua guru-guru di luar sana mempunyai kecantikam dan keunikan mereka tersendiri. Apa yang paling penting adalah kita mesti menghormati mereka dengan sama rata.

Di ruangan komen di perkongsian berkenaan pula, diharap agar semua meninggalkan komen yang baik-baik sahaja. Ingat, apa yang anda muat naik di media sosial akan sentiasa ada sehingga bila-bila.

Lagi cerita menarik buat anda di di sini: