Semua parti dalam Kerajaan Perpaduan sokong calon diketengahkan

Politics
7 Jul 2023 • 1:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kor Ming melihat Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan (GPP) Bandar Diraja yang diperkenalkan hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Semua parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan akan memberikan sokongan padu kepada calon yang bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri, kata Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming.

"Prinsip kita mudah, apabila calon BN (Barisan Nasional) turun, PH (Pakatan Harapan) akan berikan sokongan padu, vice versa.

"Kita juga berharap apabila calon PH turun, BN juga akan berkempen sebagai satu pasukan," kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan itu dalam sidang media mengenai Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Bandar Diraja di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dilaksanakan serentak, dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian, penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal dibuat pada 8 Ogos.

Ditanya berapa kerusi yang akan ditandingi DAP untuk PRN di enam negeri itu, Nga berkata: "Kita tunggu penamaan calon pada 29 Julai ini.” - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved