
Semua Pelajar 10A SPM Yang Mohon Matrikulasi Akan Dapat Tempat – KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa semua pelajar yang mendapat keputusan 10A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dan memohon pengajian di Program Matrikulasi akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang.
Menerusi satu kenyataan, KPM berkata ia termasuk pelajar yang mendapat 10A dan terdapat keputusan mata pelajaran A-. Ketetapan ini telah dipersetujui menerusi mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
Menurut KPM, dasar tersebut adalah sama seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu.
“Ketetapan ini dibuat bagi memastikan semua pelajar cemerlang 10A SPM 2024 mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian. Pada masa yang sama sistem kuota bumiputera sedia ada bagi Program Matrikulasi kekal dan tidak terjejas.
“Kerajaan MADANI akan terus memastikan akses pendidikan dapat dipertingkatkan demi manfaat semua pelajar yang merupakan aset masa hadapan negara,” maklum KPM.
https://www.facebook.com/bernamaofficial/posts/pfbid0dqxHWpQqpz6qQEqy1aiNXjxEuWfi7noDqy3iXwdtYrpUTLWWRDmDsFoXoD5r4vzal
Sumber: Kementerian Pendidikan
The post Semua Pelajar 10A SPM Yang Mohon Matrikulasi Akan Dapat Tempat – KPM appeared first on Siakap Keli.

