Semua Penumpang Kereta Wajib Pakai Tali Pinggang, Tarikh Penguatkuasaan Masih Belum Diputuskan

LocalCars
11 Sep 2025 • 6:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Semua penumpang kereta bakal wajib pakai tali pinggang keledar!

Itu kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli.

image is not available

Untuk makluman anda, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melaksanakan penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua pengguna dan penumpang kenderaan persendirian di seluruh negara.

Bagaimnapun, tarikh mula penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar itu masih belum didedahkan.

"Kita akan maklumkan nanti, sekarang ini kita mulakan dengan kempen terlebih dahulu kempen ‘Klik Sebelum Gerak’ dan kemudian kita akan maklumkan bilakah tarikh yang kita akan tentukan untuk penguatkuasaan bagi penumpang-penumpang kereta,” katanya

Individu yang tidak memakai tali pinggang keledar boleh dikenakan kompaun tidak lebih RM300 berdasarkan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar dan Sistem Kekangan Kanak-Kanak) 1978 (pindaan 2019).

Lagipun, berdasarkan kajian Insititut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), pemakaian tali pinggang keledar berupaya dalam mengurangkan risiko kematian penumpang kenderaan hingga 50 peratus sekiranya berlaku kemalangan.

"Dalam hal ini, pemakaian tali pinggang keledar akan memastikan pemandu dan penumpang kekal duduk di tempat duduk sekiranya berlaku kemalangan berbanding mereka yang tidak memakai tali pinggang keledar yang mempunyai risiko lebih tinggi untuk tercedera.