'Semua perlu bersama kerajaan angkat Malaysia sebagai negara hebat'

LocalPolitics
24 Nov 2023 • 9:48 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fahmi Fadzil - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Semua pihak perlu bersama-sama kerajaan dalam usaha mengangkat Malaysia sebagai negara hebat di peringkat antarabangsa, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Digital menerusi hantaran di Facebook berkata, saf kepimpinan akan terus dirapatkan agar kepentingan rakyat sentiasa jadi keutamaan.

"Ini bukan masanya untuk memusuhi antara satu sama lain kerana ia akan merugikan negara," katanya.

Dalam hantaran itu, Fahmi turut menyentuh mengenai amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disampaikan pada majlis kesyukuran sempena setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan di Putrajaya Khamis malam.

Beliau berkata, seperti yang ditekankan Perdana Menteri kerajaan akan memulakan corak tadbir urus yang lebih tegas dan pantas untuk mengemudi negara pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan Perpaduan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved