Semua perlu main peranan semarak Bulan Kebangsaan: Ellron

16 Aug 2023 • 4:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KENINGAU: Semua pihak perlu memainkan peranan dalam menyemarakkan Bulan Kebangsaan ini.

Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ellron Angin berkata, semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan perlu menunjukkan rasa cintakan negara dengan menganjurkan pelbagai program patriotisme pada Bulan Kebangsaan ini tanpa hanya menunggu anjuran daripada agensi kerajaan.

“Kita juga merayu supaya bukan sahaja pihak kerajaan tetapi NGO atau orang perseorangan bersama-sama meraikan kemerdekaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Semarak Gemilang dan Sambutan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 Peringkat Daerah Kecil Sook, Sabtu lalu.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook, turut berharap agar tiada isu pemasangan bendera Jalur Gemilang terbalik berlaku pada tahun ini, khususnya sepanjang Bulan Kebangsaan ini.

“Pastikan Jalur Gemilang mahupun bendera negeri dikibarkan dengan cara yang betul bagi menghormati Bulan Kebangsaan,” tegasnya.

Terdahulu, beliau menyambut ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang melalui Daerah Nabawan sehingga ke Daerah Kecil Sook, dan seterusnya melakukan pelepasan ke destinasi seterusnya iaitu Daerah Keningau.

Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Flovia Ng, Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor selaku Ketua Konvoi, dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sook, Tony Talasoi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.