Semua pusat pemindahan banjir di Sabah tutup: Hajiji

17 Feb 2025 • 3:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh daerah yang terjejas banjir di Sabah telah ditutup, berikut bencana itu telah pulih sepenuhnya, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah telah memaklumkan penutupan semua PPS di Sabah, menurutnya dalam kenyataan media hari ini.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua petugas, jabatan dan agensi Kerajaan yang terlibat dalam operasi menyelamat dan pemindahan mangsa semasa bencana banjir berlaku.

"Saya juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak, termasuk orang awam, pertubuhan bukan kerajaan, persatuan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu mangsamangsa banjir semasa bencana itu", katanya.