Semua rakyat dewasa nikmati SARA RM100

LocalPersonal Finance
23 Jul 2025 • 11:11 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR -  Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluaskan kepada semua rakyat berumur 18 tahun ke atas dengan bantuan tunai one-off RM100 melalui MyKad.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi meringankan beban kos sara hidup serta penghargaan dan meraikan rakyat bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata bantuan itu akan memanfaatkan 22 juta rakyat melibatkan peruntukan RM2 bilion.

“Bantuan ini boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos sehingga 31 Disember 2025 bagi membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya utama serta kedai kedai runcit di seluruh negara.

“Bantuan ini diberikan secara individu dan bukannya isi rumah. Maknanya, sebuah isi rumah umpamanya suami, isteri dan dua anak dewasa akan dapat RM400,” katanya pada sidang media khas Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat, di sini hari ini.

"Ini bermakna, jumlah peruntukan STR dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion untuk 2025 – dan ini adalah kali pertama dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada semua rakyat dewasa. - 23 Julai, 2025

The post Semua rakyat dewasa nikmati SARA RM100 appeared first on Scoop.