Semua selamat ke suku akhir Big Stage Rocketfuel

Entertainment
27 Jul 2026 • 9:49 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Semua selamat ke suku akhir Big Stage Rocketfuel

SHAH ALAM – Seramai lapan peserta mampu menarik mafas lega apabila berjaya melangkah ke pentas suku akhir Big Stage Rocketfuel minggu depan selepas tiada penyingkiran diumumkan pada konsert minggu kelima.

Lapan peserta tersebut merupakan Ranisha, Adam Nazmie, Danial Kifli, Hussain, Aliff Kimiey, Danny, Qilo dan Yad-z.

Pengumuman tiada penyingkiran tersebut sekali gus menyelamatkan Danny, Yad-Z dan Aliff Kimiey yang berada di kedudukan tiga tercorot susulan meraih markah terendah daripada barisan juri tetap.

Pada konsert yang bertemakan ‘Multi-Track’ (duet dengan penyanyi jemputan) malam tadi, kedudukan pertama menjadi milik Adam Nazmie menerusi lagu Da Bomb nyanyian asal kumpulan Ruffedge dan duet bersama Sarah Suhairi dengan markah tertinggi, 79.50 peratus.

Kedudukan kedua pula menjadi milik Ranisha manakala Hussain pula mengikuti di tangga ketiga.

Sementara itu, Hussain sekali lagi memenangi anugerah Rocketstar of The Week apabila meraih undian online tertinggi bagi minggu keempat.

Big Stage minggu kelima yang bertemakan lagu pilihan juri dan pusingan ‘battle’ dua kumpulan.

Big Stage X Rocketfuel dihoskan Nabil Ahmad dan Azeva sementara barisan juri pula terdiri daripada Hael Husaini, Aisha Retno dan Akim Ahmad.

Sementara komposer dan penyanyi Ajai merupakan juri jemputan pada minggu ini. – KOSMO! ONLINE

The post Semua selamat ke suku akhir Big Stage Rocketfuel appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved