Semua Serba Tak Kena, Isteri Mengadu Perangai Mak Mentua Tapi Respon Suami Buat Netizen ‘Menyirap’ – “Nak Suruh Maki Mak?”

Family & Parenting
31 May 2023 • 3:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Orang kata lelaki kalau dah mendirikan rumah tangga seeloknya keluar dari rumah keluarga dan bawa isteri tinggal di rumah lain.

Bukan apa, nak elakkan perkara yang tidak diingini hanya kerana mahu menjaga hati mana-mana pihak atau mungkin menyakiti perasaan isteri tanpa disedari.

Perbualan di antara pasangan suami isteri yang tidak dikenali meraih perhatian dan mengundang pertikaian di antara warganet di Twitter.

Berdasarkan hantaran itu, si isteri berkata dia sudah tidak tahan dengan kerenah ibu mentuanya dan memohon kepada suami untuk berpindah.

Namun, respon lelaki tersebut membuatkan ramai netizen berang kerana tidak memahami kehendak dan perasaan isterinya itu.

Ramai netizen meluahkan rasa berang kerana memberikan respon sebegitu terhadap isterinya yang mengadu apa yang dialaminya setiap hari.

Rata-ratanya juga berkata permasalahan yang dilalui pasangan itu ada penyelesaiannya tanpa perlu berjauhan dengan ibu atau rumah keluarga.

Mereka mencadangkan agar mana-mana suami yang enggan tinggal jauh dengan keluarga tetapi mahu menjaga hati isteri, boleh saja berpindah di kawasan perumahan yang sama.

image is not available image is not available

image is not available

Dalam pada itu, ramai yang mengkritik si suami kerana tidak menjaga perasaan isterinya malah seperti berpihak kepada ibu pula.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 bulan lalu

Wanita Kongsi Cerita Dimarahi Ibu Mentua Sebab Suruh Suami Cuci Pinggan - "Kenapa Tak Basuhkan? Kena Layan Elok Suami Tu"