Semua syarikat penerbangan Iran henti operasi di seluruh dunia – AS

WorldBusiness & Finance
22 Sep 2026 • 10:05 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Semua syarikat penerbangan Iran henti operasi di seluruh dunia – AS

ISTANBUL – Semua syarikat penerbangan komersial Iran akan menghentikan operasi di seluruh dunia mulai Rabu, kata Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Scott Bessent kelmarin, lapor Anadolu Ajansi (AA). 

“Pada 23 September, semua syarikat penerbangan Iran akan menghentikan operasi di seluruh dunia,” kata Bessent kepada rangkaian televisyen AS CNBC ketika menjelaskan sekatan sekunder meluas yang bertujuan mengasingkan rangkaian penerbangan awam Tehran.

Bessent menjelaskan bahawa hab antarabangsa yang memberikan perkhidmatan kepada pesawat Iran akan berdepan sekatan sepenuhnya daripada sistem perbankan AS.

Beliau memberi amaran bahawa pengendali asing tidak boleh mengisi minyak pesawat, menyediakan kemudahan pendaratan atau menjual tiket penumpang tanpa mengambil risiko kehilangan akses kepada urus niaga dalam dolar AS.

Pegawai Iran tidak segera mengeluarkan kenyataan awam berhubung sekatan penerbangan yang dirancang itu.

Sekatan terhadap sektor penerbangan itu berlaku ketika Washington meningkatkan langkah ekonomi terhadap Tehran di bawah Operation Economic Fury, susulan perang Iran yang kini memasuki bulan ketujuh.

Perang itu bermula pada akhir Februari selepas serangan bersepadu oleh AS dan Israel yang mencetuskan gangguan maritim di Selat Hormuz, pertukaran serangan peluru berpandu serantau yang berterusan serta tekanan yang semakin meningkat terhadap saluran komersial dan kewangan Iran. – BERNAMA-ANADOLU

The post Semua syarikat penerbangan Iran henti operasi di seluruh dunia – AS appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved