Semua tak dapat tahan sebak, 11 beradik banjir air mata jamah kek disuap ibu

Family & Parenting
22 Jan 2025 • 7:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
11 beradik banjir air mata

Video 11 beradik banjir air mata sewaktu menjamah kek yang disuap ibu betul-betul membuatkan ramai sebak apabila mereka juga tidak dapat menahan diri dari menangis.

Momen tersebut dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai bahagiaaisyah apabila memuat naik video mereka sekeluarga mengadakan hari keluarga bersama ibu mereka yang kini berusia 82 tahun.

@kebahagiaanaisyah7992

Suapan kasih seorang ibu yang melahirkan seramai 11 orang anak. PMK"s Family Family Day PokMatKari #syukurselalu #tentangbahagia

♬ Ibu - Haddad Alwi

11 beradik banjir air mata disuap ibu

Dalam video tersebut, masing-masing mengambil tempat mengikut urutan dalam adik beradik untuk disuap kek oleh ibu tersayang walaupun ada di antara mereka sudah memasuki usia warga emas.

image is not available

11 beradik banjir air mata sebelum peluk cium ibu tersayang

Setiap daripada mereka dilihat tidak dapat menahan sebak apabila menjamah kek yang disuap sebelum menangis sambil mencium ibu tersayang yang sudah dimamah usia.

image is not available

Sebaknya video ni!

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata akui tidak dapat menahan tangis menonton video berkenaan kerana teringatkan ibu bapa sendiri.

Mereka juga mendoakan agar ibu kepada pengguna TikTok terus diberi kesihatan yang baik.

image is not available

Tersentuh sangat bila lihat ibu suap anak2

image is not available

Saya gengster, tapi saya nangis

image is not available

Semoga ibu terus diberi kesihatan yang baik

image is not available

Semoga video yang dikongsi dapat membuatkan kita lebih menghargai ibu bapa tersayang dan terus menjaga hubungan kasih sayang hingga di akhir usia mereka nanti.

Sumber: TikTok bahagiaaisyah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved