Semuanya Bukan Untuk Aku

Opinion
23 Jan 2026 • 1:00 PM MYT
Zakiah Senin
Zakiah Senin

30 years of shaping communities through volunteerism and character building

Image from: Semuanya Bukan Untuk Aku
Photo Credit; ChartGPT Image

Ketika di tingkatan tiga, satu tugasan diberi oleh Guru Sejarah, iaitu Cikgu Tajuddin Ismail yang bertajuk Tokoh Tempatan, “Cari seorang tokoh tempatan, kamu ‘interview’ dia dan tanya latar belakang dia, ambil biografi mereka dan apa sumbangan mereka kepada masyarakat setempat.” Cikgu memberi arahan. Wah! Ketika itu gembira sungguh hati kami. Bukan kerana tugasan itu, tetapi inilah satu-satu kerja sekolah yang boleh ‘mengeluarkan’ kami dari pagar sekolah dan dinding asrama. Pencarian demi pencarian akhirnya kami berjaya menemui seorang tokoh. Beliau adalah seorang askar melayu yang menentang Jepun, beliau mengisi ruang di benteng hadapan, beliau menyaksikan rakan-rakan seperjuangannya gugur satu demi satu, beliau juga menderita apabila lebih tujuh peluru menembusi tubuhnya sepanjang perkhidmatann. Setelah siap kami mengumpul biografi dan mengutip pengalamannya. Kami mohon mengundur diri. Tiba-tiba terpacul soalan dari mulut salah seorang dari kami, “Tuk, dengan apa yang atuk buat ni… atuk terima apa-apa tak? anugerah ke? pingat ke?”. Beliau diam. Bibirnya menguntum senyum. Perlahan-lahan beliau menuturkan, “Aku buat semua ni, bukan untuk aku”. Sungguh! Sepanjang perjalanan pulang ke asrama... hati saya diruntun pertanyaan demi pertanyaan... mengapa dengan pengorbanan bermandi darah dan bergalang nyawa, mengapa dia tidak mendapat apa-apa dan mengapa dia tidak meminta apa-apa?

Dan, pada hari ini dalam dunia sukarela, ungkapan terakhir dari ‘atuk’ terjawab juga. “Aku buat semua ni, bukan untuk aku”. Sungguh! Berkorban untuk orang lain tanpa menginginkan ganjaran peribadi adalah nilai yang tiada taranya. ‘Atuk’ berupaya memimpin hatinya agar menjalankan bertanggunjawab sepenuh hati, mengutamakan maruah diri, membebaskan diri daripada sebarang kemahuan peribadi, tidak takut dengan kehilangan, dan amat percaya bahawa kemuliaan sebenar bukan diukur pada sejauh mana manusia menerimanya, tetapi sejauh mana dia diterima oleh Sang Pencipta. Di sinilah letaknya kemuliaan hati. Itulah juga yang mengangkat martabat diri.

Imam Hassan Al Basri berkata, “Kemuliaan kamu di sisi manusia akan kekal selama kamu tidak berhajat sesuatu pun dari mereka. Jika kamu menghajatinya, maka ketahuilah mereka akan merendah-rendahkan kamu, membenci apa yang kamu sampaikan dan memusuhi kamu”.

(Pendapat saya mengenai kesukarelawanan, suatu pegangan atau prinsip yang rapat dengan saya, juga terkandung dalam buku saya bertajuk, Suka Rela Sukar Lawan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 2024) – Sebarang pertanyaan, hubungi zakiahsenin@gmail.com

Zakiah Senin adalah sukarelawan Yayasan SALAM Malaysia, sebuah NGO yang berdedikasi dalam bidang kesukarelawanan di Malaysia sejak 30 tahun lalu.


Zakiah Senin (zakiahsenin@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.