Semuanya tentang "Wo Ai Ni" di MR D.I.Y. sempena Tahun Baru Cina ini

8 Jan 2024 • 12:22 PM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Semuanya tentang "Wo Ai Ni" di MR D.I.Y. sempena Tahun Baru Cina ini
Inisiatif 'Wo Ai Ni' sempena Tahun Baru Cina dari MR D.I.Y. bertujuan untuk menyebarkan cinta di musim perayaan ini, dengan pelbagai keperluan perayaan yang sangat menarik dan diskaun sehingga 20 peratus untuk barangan keperluan rumah.

Cinta menjadi fokus pada Tahun Baru Cina ini di MR D.I.Y.

Peruncit perkakas rumah kegemaran Malaysia ini menawarkan lebih 90 produk khas bersempena Tahun Baru Cina di beberapa cawangan terpilihnya di seluruh negara, dengan tambahan 120 produk perkakas, keperluan rumah dan makanan & minuman dengan diskaun sehingga 20 peratus, semuanya di bawah inisiatif "Wo Ai Ni [Saya Sayang Awak]" Tahun Baru Cina.

Mengulas mengenai inisiatif tersebut, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, berkata, "Tahun Baru Cina menekankan tentang menyatukan keluarga dan orang yang dikasihi. Matlamat MR D.I.Y. adalah untuk menjadikan pertemuan semula ini lebih istimewa dengan menerapkan semangat 'Ai [Cinta]' ke dalam perayaan melalui inisiatif 'Wo Ai Ni' kami.

"Selain daripada produk-produk istimewa Tahun Baru Cina dan diskaun yang ditawarkan untuk barangan keperluan harian yang 'Always Low Prices’, kami juga telah menyusun rangkaian program istimewa di bawah nama 'I Love You'. Ini termasuk aktiviti di MR D.I.Y. PLUS Mid Valley Megamall dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), mendekati mereka yang memerlukan di 14 buah negeri. Selain itu, kami telah mencipta platform laman sesawang untuk rakyat Malaysia menyatakan mesej 'I Love You' mereka kepada orang tersayang. Apa yang penting adalah memberikan nilai terbaik kepada rakyat Malaysia semasa perayaan yang paling penting bagi mereka, memudahkan mereka untuk mengucapkan 'Wo Ai Ni' kepada orang yang mereka kasihi semasa perayaan ini," tambah beliau.

Goh juga mengumumkan bahawa seiring dengan tradisi terkini, MR D.I.Y akan menayangkan filem web untuk Tahun Baru Cina berjudul "Wo Ai Ni", tidak lama lagi.

Rangkaian produk 'Wo Ai Ni' termasuk aksesori rambut seperti klip cengkam, klip rambut, dan getah ikat rambut, serta pelbagai anting-anting bertemakan perayaan yang unik. Bagi memastikan rumah para pelanggan dihiasi indah pada Tahun Naga ini, peruncit tersebut juga menawarkan pelbagai hiasan dinding dan set kain rentang Tahun Baru Cina, hiasan gantung, lampu LED, pelekat tingkap, bunga, bantal, karpet lantai, serta kotak tisu. Pembeli juga pasti tertarik dengan sepasang lentera sepanjang 80cm pada harga hanya RM88, amat sesuai untuk menghiasi pintu masuk rumah. Selain itu, terdapat beg hadiah, kotak, dan sampul duit Tahun Baru Cina berwarna merah bertemakan naga untuk meraikan semangat memberi.

Para pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM40 di MR. D.I.Y. dan MR. TOY, atau RM30 di MR. DOLLAR di seluruh negara akan menerima empat sampul duit berwarna merah edisi terhad percuma, menambah sentuhan kemakmuran di musim perayaan ini.

Untuk senarai penuh produk-produk bertemakan perayaan dan barangan keperluan rumah, layari MR D.I.Y.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR D.I.Y. mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my, dan media sosial - - Facebook, Instagram, dan TikTok.