“Senang Hidup Jadi Lelaki Kat Korea” – Netizen Bersatu, Pilih Untuk Boikot ‘Squid Game 2’ Atas Sebab Ini

WorldEntertainment
21 Sep 2024 • 12:00 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Belum ditayangkan, ramai nampaknya enggan untuk menonton musim kedua “Squid Game”.

Selain pelakon asal dari musim pertama, ramai wajah baharu yang akan ikut serta dalam “Squid Game” musim kedua termasuklah Lee Jin-wook.

Meskipun teruja namun satu hantaran di laman X telah tular dengan lebih 10 juta tontonan setakat ini, membangkitkan semula kes di mana Lee Jin-wook pernah didakwa sebagai perogol pada 2016 yang lalu.

Walaupun kes itu sudah lama berlalu tetapi ramai yang kesal kerana keadilan tidak berpihak kepada mangsa sebaliknya, dia disaman oleh Lee Jin-wook kerana dituduh memfitnah. Walhal, pelakon lelaki itu sendiri mengaku bahawa wanita itu tidak memberi keizinan untuk menyentuhnya.

Bukan hanya Lee Jin-wook malahan, netizen turut menyebut nama Lee Jung-jae, Lee Byung-hun, O Yeong-su dan Oh Dal-soo sebagai pelakon bermasalah yang terlibat dalam “Squid Game”.

Komen netizen,

  • Tak faham kenapa masih ada orang yang nak agungkan Lee Jin-wook ni.
  • Senang betul hidup jadi lelaki kat Korea.
  • Boikot ‘Squid Game’!!
  • Saya takkan tengok.
  • Banyak pelakon problematic dalam drama ni.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.