Senang Je Nak Buat, Ini Resepi ‘Hwachae’ “Desert Viral” Dari Korea

Cooking
30 Aug 2023 • 4:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Senang Je Nak Buat, Ini Resepi ‘Hwachae’ “Desert Viral” Dari Korea

Gelombang dunia hiburan dari Korea Selatan pada masa ini dilihat berkembang pesat dan menjadi ikutan ramai peminat di seluruh dunia.

Bercakap saja berkenaan Korea pasti ramai yang akan tertarik dan menjadi viral atau tular di media sosial.

Bukan sahaja dalam dunia hiburan, apa sahaja yang berkaitan akan menjadi trend dan ikutan oleh ramai pengikut dan peminat.

Dari segi lagu, drama sehinggalah gaya hidup, makanan dan percakapan akan menjadi perhatian buat negara itu.

Yang terbaru, satu makanan pemanis mulut asal Korea Selatan telah menjadi ikutan sehingga ia telah menjadi tular di media sosial.

Makanan yang dikenali sebagai ‘Hwachae’ itu dikenali sebagai pemanis mulut pada musim panas di negara empat musim tersebut.

Justeru pada perkongsian pada kali ini, SK ingin berkongsikan resepi mudah untuk membuat Hwachae tersebut.

Perkongsian resepi itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @moeirajohnson.

Desert atau pemanis mulut yang tular itu memerlukan buah-buahan segar untuk menjadikan ia menarik dan nyaman untuk dimakan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah buah-buahan segar ikut selera anda. Antara buah yang utama dan menjadi pilihan adalah tembikai, anggur, strawberi dan macam-macam lagi.

Bahan seterusnya adalah susu segar, susu berperisa strawberi dan air bikarbonat Sprite.

Selain itu, bahan-bahan lain adalah jelly, ais batu dan ais krim perisa vanila mengikut saiz hidangan yang anda mahu sediakan.

image is not available
Kredit TikTok

Caranya cukup mudah, anda hanya perlu potong buah-buahan tadi mengikut saiz yang anda inginkan.

Kemudian campur kesemua bahan tadi dan gaul rata. Tiada sukatan khusus dalam proses penyediaan dan pembuatan menu segar ini.

image is not available
Kredit TikTok

Selesai campur rata, anda boleh masukkan ais batu dan ais krim. Tujuan memasukkan ais krim vanilla adalah untuk memberi rasa lemak berkrim kepada hidangan menyejukkan tekak itu.

Kalau dilihat, pembuatan menu ini saling tidak tumpah seperti menu popular di Malaysia yang dinamakan sebagai ‘Cocktail buah’.

Membezakan kedua menu ini adalah ‘cocktail buah’ tidak menggunakan ais krim dan air bikarbonat Sprite.

Macam mana dengan perkongsian menu viral kali ini? Selepas ini anda boleh buat sendiri di rumah mengikut jenis buah dan selera anda.

@moeirajohnson

Terjebak sudaaa … akk kasik 99+ over 10 utk tiktokmenu kali ni… craving satisfied! #hwachae #sopbuah #fruitsoup #dessertideas #easyrecipe

♬ L-O-V-E – Nat King Cole

Sumber: TikTok/@moeirajohnson