Senangnya memasak di dapur dengan guna 4 gajet ini. Makanan jadi sedap, rumah pun tak berkecah

24 Oct 2023 • 1:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

BUKAN sahaja wanita bekerjaya, malah suri rumah tangga sepenuh masa juga memerlukan gajet untuk memudahkan mereka memasak di dapur.

Justeru, dalam segmen Teknologi & Gajet kali ini, kami mengetengahkan empat inovasi baharu yang barangkali boleh membantu.

image is not available

1) Tefal Turbo Cuisine Maxi Multicooker
– Dijual pada harga RM799 dan memiliki 10 program automatik dengan kapasiti masakan hingga 7.6 liter isipadu periuk.
– Antaranya anda boleh membuat pelbagai pencuci mulut, merebus daging dan bijirin, memasak bubur termasuk stim ikan atau ayam.

image is not available

2) PerySmith Robot Chef AI Cooking
– Harga yang dijual adalah RM1,499 dan dilengkapi spatula khas.
– Mempunyai enam tetapan kawalan suhu.
– Terdapat lapan fungsi utama. Antaranya memudahkan proses menggoreng, mereneh sup dan memanggang.
– Mesin akan berputar 360 darjah untuk menghasilkan sajian sempurna.

 

image is not available

3) Joyoung A9 Auto Cooking Machine
– Harga di pasaran mencecah RM899 dan berkapasiti 3.5 liter.
– Menariknya tentang peralatan ini, ia mempunyai tambahan ciri menggoreng.
– Tidak memerlukan minyak yang banyak, sekali gus menjadikan masakan lebih sihat.

image is not available

4) Xiaomi Smart Cooking Robot
– Harga jualan bermula RM3,299. Paling menarik, ia menyediakan tiga masakan dan satu sup pada satu-satu masa.
– Direka khas dengan teknologi pemanasan induksi 3D dan lapan ciri masakan seperti mengisar, menguli, mengukus, menggoreng dan mereneh.
– Skrin paparan 8 inci dengan 35 fungsi dengan hanya satu klik.

image is not available

Semua produk yang disenaraikan boleh didapati di platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

View Original Article