Senarai ATM bank sedia tukar duit raya, mudah & pantas! Tak perlu tunggu lama

3 Apr 2024 • 11:51 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

MENJELANG minggu terakhir tibanya Syawal, ramai yang berpusu-pusu memenuhi bank untuk menukar wang untuk dijadikan duit raya.

Rupanya ada cara mudah untuk menukar wang tanpa perlu beratur panjang di kaunter bank. Hanya menggunakan mesin teler automatik (ATM), mudah dan cepat!

image is not available

1-MAYBANK

Tahun ini Maybank 72 mesin ATM untuk pertukaran duit raya yang terhad kepada not RM10.

Berikut adalah senarai lokasi mesin berkenaan yang menyokong penukaran wang kertas sempena Hari Raya di mesin ATM bagi tahun 2024:

image is not available

image is not available

Pengguna Facebook Mohd Shukur berkongsi cara untuk membuat transaksi berkenaan:

1. Pergi ke cawangan Maybank yang terpilih, pilih mesin ATM yang ada gambar tertera ‘dapatkan wang kertas RM10 di mesin in’ yang boleh anda dapatkan duit raya baru.

2. Tekan ‘pengeluaran’ dan pilih jumlah.

3. Jumlah maksimum adalah RM300. Pilih, dan terus keluar duit RM10 dari mesin tersebut.

4. Dapatkan sampul raya daripada kaunter depan.

image is not available

2-CIMB BANK

Selain itu, anda juga boleh menukar wang kertas untuk dijadikan duit raya RM10 bermula 4 hingga 10 April 2024 di sembilan cawangan CIMB Bank yang tertera di bawah:

image is not available

3-BANK ISLAM

Bank Islam turut menyediakan kemudahan mendapatkan wang kertas berkualiti bernilai RM10,RM20, RM50 dan RM100 untuk pengguna.

Ia bermula 27 Mac 2024 di 10 cawangannya di seluruh negara seperti yang tertera di bawah:

image is not available

4-AFFIN BANK

Sementara itu, anda juga boleh mendapatkan not RM10 dan RM50 di Affin Bank bermula 3 hingga 10 April ini (sementara stok masih ada) dengan had pengeluaran sehari sebanyak RM5,000.

Bank berkenaan menyediakan 230 mesin ATM dan Cash Recycling Machine (CRM) di pelbagai lokasi di seluruh negara seperti berikut:

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!