Senarai ATM Terpilih Tukar Duit Raya Tahun 2025

LocalBusiness & Finance
22 Mar 2025 • 5:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Senarai ATM Terpilih Tukar Duit Raya Tahun 2025

Lebih kurang seminggu lagi sebelum ketibaan Hari Raya Aidilfitri, tentunya ramai yang sudah mula ‘berperang’ di dapur untuk menyiapkan segala persiapan perayaan ini.

Bermula dari baju raya, kuih raya, sehinggalah ke dekorasi rumah.

Namun, lebaran tentunya tidak lengkap dengan duit Raya yang sering menceriakan lagi suasana, lebih-lebih lagi diberikan kepada golongan kanak-kanak.

Bersempena dengan ketibaan Syawal tidak lama lagi, hari ini SK akan berkongsikan senarai Bank yang menawarkan perkhidmatan menukar duit Raya di mesin ATM selain membuat penukaran di kaunter bank.

Berikut senarai bank dan cawangan ATM yang menawarkan penukaran wang kertas ini kepada orang ramai.

CIMB BANK

Bersempena dengan sambutan Hari Raya yang semakin hampir, CIMB Banak dengan sukacitanya mengumumkan bahawa wang kertas RM10 kini boleh dikeluarkan di ATM CIMB terpilih di seluruh Malaysia mulai 17 Mac 2025 hingga 31 Mac 2025.

Berikut adalah senarai cawangan CIMB BANK yang menyediakan perkhidmatan penukaran wang;

image is not available image is not availableimage is not available

Klik di sini untuk senarai penuh ATM CIMB Bank.

Bank Islam

Sementara itu, Bank Islam turut menawarkan perkhidmatan pengeluaran wang kertas di ATM terpilih di cawangannya di seluruh negara kecuali negeri Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Sarawak.

Wang kertas yang ditawarkan adalah dalam denominasi RM10, RM20, RM50 dan RM100 bermula 17 Mac 2025 selagi stok masih ada.

Berikut adalah senarai cawangan Bank Islam yang menyediakan perkhidmatan penukaran wang;

image is not available image is not available image is not available

Dengan ini, ada tidak lagi perlu beratur panjang menunggu giliran untuk ke kaunter bagi urusan penukaran wang kertas.

Selamat menyambut Hari Raya semua!