Senarai calon Ketua Pesuruhjaya SPRM telah dipersembah kepada Agong – PM Anwar

LocalPolitics
24 Apr 2026 • 3:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Senarai nama calon baharu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, lapor Berita Harian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan dan perbincangan tersebut berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada pagi tadi.

“Nanti saya akan umumkan kemudian (Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu),” katanya ringkas kepada BH Online selepas makan tengah hari di Pasar Tani Kekal Permas Jaya hari ini.

Image from: Senarai calon Ketua Pesuruhjaya SPRM telah dipersembah kepada Agong – PM Anwar

Ditanya berhubung senarai nama calon diserahkan kepada Sultan Ibrahim, Anwar yang juga Menteri Kewangan hanya memaklumkan jumlah yang layak.

“Nama yang layak ada 120,” ujarnya dalam nada berseloroh.

Semalam, Sultan Ibrahim menegaskan baginda sendiri akan membuat pilihan bagi memastikan individu yang dilantik mampu memimpin SPRM dengan berkesan, khususnya dalam usaha membanteras rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.

Image from: Senarai calon Ketua Pesuruhjaya SPRM telah dipersembah kepada Agong – PM Anwar

Baginda turut mengingatkan agar isu pelantikan tersebut tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

“Saya akan menentukan siapa calon terbaik untuk menerajui SPRM selepas ini,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) pada Khamis.

Jawatan tersebut ketika ini masih dipegang oleh Tan Sri Azam Baki, dengan kontraknya dijangka berakhir pada 12 Mei depan.

Sumber: BH Online (Azizi Majid)