Senarai calon MB dipersembah kepada Sultan Kelantan hari ini

Politics
14 Aug 2023 • 7:54 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata senarai tiga nama yang dicalonkan sebagai Menteri Besar akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, hari ini.

Ahmad berkata senarai nama tersebut juga telah mendapat persetujuan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Nama telah mendapat persetujuan Presiden PAS kerana watikah presiden akan diangkat kepada Sultan Kelantan.

“(Istiadat) angkat sumpah akan diadakan pada 3 petang, 15 Ogos,“ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Harian Jawatankuasa PAS Pusat dan Kelantan di sini malam tadi.

Mesyuarat dipengerusikan Abdul Hadi itu turut dihadiri Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. - Bernama