
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
FIFA World Cup 2026 yang dianjurkan secara bersama oleh tiga negara iaitu Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada, sepatutnya menjadi edisi yang paling besar dalam sejarah kejohanan ini.
Namun belum pun perlawanan pembukaan yang akan bermula hari ini, 11 Jun (waktu Malaysia 12 Jun) antara tuan rumah bersama iaitu Mexico dan Afrika Selatan, sudah banyak kontroversi besar yang berlaku di luar padang khususnya di pihak AS antaranya seperti isu visa, keselamatan, kos tiket, dan perubahan format yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Berikut adalah isu-isu utama yang dilaporkan media antarabangsa utama:
#1 Pengadil FIFA dari Somalia dihalang masuk walaupun ada dokumen sah

Antara insiden paling serius tentunya melibatkan seorang pengadil perlawanan FIFA dari Somalia, Omar Abdulkadir Artan, 34, yang dihalang dari memasuki ASwalaupun memiliki visa rasmi.
Secara ringkasnya:
- Omar Abdulkadir ditahan dan tidak dibenarkan memasuki negara itu oleh pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan AS sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami pada Sabtu lalu.
- Pihak berkuasa AS kemudian menyebut Omar yang dinobatkan sebagai Pengadil Lelaki Terbaik CAF 2025 itu mempunyai maklumat negatif termasuk ada hubungan dengan individu yang disyaki anggota organisasi pengganas
- Namun kepulangan ke kampung halaman dan disambung sebagai wira
Kes ini menjadi perhatian dan mencetuskan kemarahan global kerana Omar adalah pegawai rasmi kejohanan atau paling tepatnya salah seorang dari 52 pengadil yang dipilih dan bukan penonton mahupun pelancong biasa.
#2 Pasukan Iran: Kontroversi penempatan, visa staf

Iran menjadi salah satu pasukan bola sepak dengan situasi paling unik (sengsara) dalam edisi ini.
Apa yang dilaporkan media antarabangsa:
- Pemain Iran masih dibenarkan masuk ke AS
- Namun media Iran melaporkan sekurang-kurangnya 15 pegawai dan kakitangan pasukan Iran yang disifatkan sebagai ‘penting’ dinafikan visa mereka.
- Iran terpaksa memindahkan kem latihan dari Arizona, AS ke Mexico (Tijuana)
- Pasukan dijangka hanya dapat masuk ke US untuk perlawanan tertentu
- Pasukan perlu keluar dari AS dalam tempoh 24 jam selepas aksi tamat.
Bukan itu sahaja, Persekutuan Bola Sepak Iran (FFIRI) turut mendakwa tuan rumah bersama itu telah menarik balik peruntukan tiket untuk perlawanan kumpulan mereka. Tegasnya ia seolah-olah satu usaha untuk ‘menghalang kehadiran penyokong Iran’
Walaupun larangan ini bukanlah larangan penuh, struktur dan syarat ini menjadikan operasi Iran sepanjang Piala Dunia jauh berbeza berbanding negara lain dan sememangnya luar daripada kebiasaan bagi pasukan bertanding di pentas dunia terbesar itu.
Pendek kata, akan menyulitkan perancangan pasukan
#3 Pemeriksaan imigresen ketat & penolakan individu
Selain Iran, media melaporkan beberapa delegasi bola turut terkesan apabila
- Pemeriksaan visa lebih ketat seaktu ketibaan pasukan atau delegasi tertentu
- Wartawan dan staf dari beberapa negara melalui proses tambahan
- Tiada “ban negara” rasmi, tetapi kadar penolakan individu meningkat
#4 Tiket mahal & sistem “dynamic pricing”, tiket Final ada yang dijual pada harga RM95 juta
FIFA memperkenalkan sistem harga berubah (dynamic pricing) mengikut permintaan, yang mencetuskan kritikan besar.
- Harga tiket boleh meningkat secara mendadak
- Perlawanan popular menjadi sangat mahal
- Pasaran resale melonjak jauh lebih tinggi
Mesti ada yang tak percaya, ada 4 tiket bagi Perlawanan Akhir Piala Dunia 2026 dalam pasaran jual semula yang dijual pada harga RM95 juta sehingga mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.
Ramai peminat menyifatkan World Cup kini semakin sukar diakses oleh peminat biasa.
Namun Presiden FIFA, Gianni Infantino baru-baru ini mempertahankan harga tiket kejohan berprestij itu meskipun ia melambung tinggi
#5 Persembahan separuh masa ala Super Bowl diperkenalkan
FIFA buat pertama kalinya dalam sejarah mengesahkan ada persembahan hiburan separuh masa (halftime show) bagi perlawanan akhir World Cup yang akan berlangsung pada 19 Julai 2026.
Format yang diinspirasikan dari Super Bowl ternyata mencetuskan perdebatan besar kerana ia dilihat mengganggu tradisi perlawanan bola sepak namun ada yang merasakan ia lebih universal dan menambah hiburan.
Antara selebriti yang akan membuat persembahan adalah:
- Shakira
- Madonna
- BTS
BONUS
#6 Tekanan geopolitik & sensitiviti keselamatan
Selain isu visa terdapast beberapa lagi isu besar seperti:
- Situasi politik beberapa negara memberi kesan kepada logistik pasukan tertentu
- FIFA perlu menyeimbangkan keselamatan dan penyertaan global
- Iran antara negara paling terkesan dari segi operasi perjalanan
Namun semua pasukan yang layak akan tetap bertanding termasuklah Iran.
#7 Kritikan terhadap komersialisasi World Cup
Beberapa pihak mengkritik arah tuju kejohanan:
- Kos kehadiran semakin tinggi
- Tiket lebih kompleks dan mahal
- Elemen hiburan tambahan semakin dominan
Isu ini membuka perdebatan tentang identiti asal World Cup sebagai kejohanan rakyat.


