
Senarai Negara Yang Dibenarkan Iran Berlayar Melalui Selat Hormuz
Ketika ini Selat Hormuz terus menjadi tumpuan dunia selepas Iran menetapkan laluan berkenaan boleh dilalui kepada semua negara kecuali Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya.
Ia susulan ketegangan perang AS-Israel terhadap Iran yang memasuki minggu keempat.
Sebelum ini negara berkenaan telah menutup laluan yang mengendalikan kira‑kira satu perlima penghantaran minyak global.
Penasihat kanan Komander IRGC, Ebrahim Jabari pada 2 Mac lalu mengisytiharkan laluan berkenaan telah ditutup.
Malah Iran turut memberi amaran terhadap mana-mana kapal yang cuba masuk ke selat berkenaan akan 'dibakar'.
Perkara itu sekali gus menyebabkan harga minyak global melonjak melebihi AS$100 setong, berbanding sekitar AS$65 sebelum perang bermula.
Bagaimanapun, negara tebing barat itu memberitahu beberapa kapal daripada negara telah dibenarkan belayar melepasi perairan itu.
Sementara beberapa negara dalam rundingan, permintaan untuk laluan selamat.
Senarai Negara Yang Dibenarkan & Dalam Perbincangan Melalui Selat Hormuz

1. Pakistan
Pada Ahad, sebuah kapal tangki Aframax berdaftar di Pakistan dilapor berlayar melepasi selat berkenaan.
2. India
Negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz seterusnya adalah India setelah mendapat pengecualian daripada Iran.
Difahamkan, dua kapal tangki berdaftar India yang membawa gas petroleum cecair dilaporkan telah melintasi selat itu dengan selamat menuju ke India.
3. Turkiye

Satu daripada 15 kapal milik syarikat Turkiye diberikan lampu hijau untuk menggunakan selat berkenaan setakat ini.
4. China
Sementara itu, China dilaporkan sedang mengadakan perbincangan dengan Iran bagi membolehkan kapal tangki minyak mentah dan gas asli cecair (LNG) Qatar melalui Selat Hormuz dengan selamat.
China, yang mempunyai hubungan akrab dengan Iran dan sangat bergantung kepada bekalan petroleum Timur Tengah, berasa tidak senang dengan keputusan Iran untuk melumpuhkan perkapalan melalui selat tersebut.
Menurut sumber, China kini sedang mendesak Tehran agar membenarkan laluan selamat bagi kapal-kapalnya. Lebih-lebih lagi China menerima 45 peratus bekalan minyaknya melalui Selat Hormuz
5. Perancis & Itali
Kedua-dua negara Eropah tersebut difahamkan telah meminta perbincangan dengan Iran mengenai kebenaran untuk kapal-kapal mereka melalui selat itu, lapor akhbar Financial Times dari UK, dengan memetik pegawai yang tidak dinamakan.
Apa yang dicadangkan Washington?

Presiden AS, Donald Trump, menyeru pembentukan sebuah gabungan tentera laut untuk menyertai Tentera Laut AS dalam mengerahkan kapal perang bagi mengawal keselamatan selat tersebut.
"Diharapkan China, Perancis, Jepun, Korea Selatan, UK, dan negara lain yang terjejas oleh sekatan buatan ini akan menghantar kapal ke kawasan tersebut supaya Selat Hormuz tidak lagi menjadi ancaman oleh sebuah negara yang telah lumpuh sepenuhnya," tulis Trump dalam satu hantaran di Truth Social pada hari Ahad.
Walau bagaimanapun, negara-negara yang disebut oleh Trump tidak membuat sebarang janji untuk menyertai operasi sedemikian.
Pada Isnin, Jerman dan Greece menolak penglibatan ketenteraan.
Jurucakap kerajaan Jerman berkata: memaklumkan selagi peperangan ini berterusan, tidak akan ada penyertaan, malah dalam sebarang usaha untuk memastikan Selat Hormuz kekal terbuka melalui cara ketenteraan.
Greece juga tidak akan terlibat dalam sebarang operasi ketenteraan di Selat Hormuz, kata jurucakap kerajaan, Pavlos Marinakis.

