Senarai Negara Yang Tak Sambut Tahun Baharu

28 Dec 2025 • 9:10 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Senarai Negara Yang Tak Sambut Tahun Baharu

Sambutan Tahun Baharu cukup sinonim dengan tarikh 1 Januari pada setiap tahun, dan pada tahun ini ia jatuh pada Khamis minggu hadapan

Ia sering dianggap sebagai simbol harapan baru dan peluang untuk memulai sesuatu dengan lebih baik.

Umum mengetahui bahawa kebanyakan negara di seluruh dunia menyambut kedatangan tahun baharu dengan pelbagai perayaan meriah, termasuk pertunjukan bunga api dan acara-acara besar.

Bahkan, banyak negara turut menjadikannya sebagai cuti umum.

Namun begitu, tahukah anda bahawa tidak semua negara di dunia meraikan Tahun Baharu pada tarikh yang sama, malah ada yang langsung tidak menyambutnya?

Sehubungan itu, SK kongsikan senarai negara yang tidak merayakan sambutan tahun baharu di bawah.

Arab Saudi

Sebagai sebuah negara berpegang teguh kepada agama Islam, Arab Saudi tidak sambutan Tahun Baharu.

Lebih-lebih lagi, negara ini yang menggunakan kalendar Hijriah, menjadikan bulan Muharam sebagai awal tahun baharu.

Afghanistan

Afghanistan juga tidak merayakan sambutan Tahun Baharu pada 1 Januari ini, Sebaliknya, mereka menyambut “Nowruz” pada 21 Mac, sesuai dengan kalendar Parsi.

Korea Utara

In North Korea, the Gregorian New Year is not widely celebrated. Instead, the Day of the Sun (Kim Il-sung’s birthday) and the Korean New Year (based on the lunar calendar) are more prominent

Ethiopia

Tahukah anda, Ethiopia menggunakan kalendarnya sendiri yang kira-kira tujuh hingga lapan tahun lewat berbanding kalendar Gregorian?

Disebabkan itu, Tahun Baharu mereka dikenali sebagai “Enkutatash” yang disambut pada bulan September.

Menarik bukan?

Iran

Seperti negara Afghanistan, Iran menyambut “Nowruz”, iaitu Tahun Baharu Parsi yang jatuh pada  21 Mac.

Perayaan Nowruz telah menjadi tradisi sejak lebih 3,000 tahun lalu.

Pada hari tersebut, masyarakat Iran biasanya memakai pakaian tradisional dan berkumpul bersama keluarga untuk bersyukur kepada Tuhan.

China

Tahun Baharu di China adalah berdasarkan kalendar lunar, dengan tarikh perayaan ii biasanya jatuh antara 21 Januari hingga 20 Februari.

Perayaan ini turut dikenali sebagai Perayaan Musim Bunga.

Tahun Baharu Cina disambut dengan meriah melalui pertemuan keluarga, perarakan perayaan, serta tarian naga dan singa yang ikonik.

Setiap tahun dikaitkan dengan salah satu daripada dua belas haiwan zodiak, dan hiasan yang indah, tanglung serta mercun digunakan untuk menghalau roh jahat dan menyambut kemakmuran.

Kemuncak sambutan ini adalah jamuan makan malam pada malam Tahun Baharu, yang menekankan kepentingan kesatuan keluarga.

Thailand

Bagi negara Thailand, Songkran merupakan perayaan Tahun Baharu tradisional Thailand yang disambut pada bulan April.

Festival ini terkenal dengan sambutan perang air yang meriah, simbolik kepada proses penyucian dan pembersihan nasib malang tahun sebelumnya.

Penduduk tempatan dan pelancong boleh turut serta dalam aktiviti air ini, menjadikan suasanya dipenuhi keceriaan dan basah.

Sri Lanka

Sementara di Sri Lanka pula, mereka menyambut Aluth Avurudda, juga dikenali sebagai Tahun Baharu Sinhala dan Tamil.

Ia merupakan perayaan Tahun Baharu tradisional di Sri Lanka yang lazimnya disambut pada bulan April, menandakan berakhirnya musim menuai.

Lazimnya, keluarga akan membersihkan dan menghias kediaman masing-masing. Permainan tradisional, muzik dan tarian juga akan dimainkan bagi memeriahkan suasana sekali gus mengeratkan hubungan kekeluargaan dan budaya.

India

Di India, kepelbagaian budaya dan etnik menyebabkan sambutan Tahun Baharu diraikan pada tarikh yang berbeza mengikut wilayah dan kalendar masing-masing.

Antara perayaan Tahun Baharu ialah Baisakhi di Punjab, Bihu di Assam, Pana Sankranti atau Maha Bisubha Sankranti di Odisha.

Sementara itu, Ugadi atau Gudi Padwa diraikan di Andhra Pradesh, Telangana, Karnataka dan Maharashtra.

Oleh itu, sebahagian besar masyarakat India tidak menyambut tahun baharu pada 1 Januari.

Sumber: Detik,com,punchng.com

BACA: 10 Jenama Kereta Paling Banyak Dibeli Rakyat Malaysia 2025

The post Senarai Negara Yang Tak Sambut Tahun Baharu appeared first on Siakap Keli.