Senarai Pembekal dan Komponen iPhone 18 Pro Ditiriskan Ke Web Gelap

TechnologyDigital
30 Jun 2026 • 9:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Senarai Pembekal dan Komponen iPhone 18 Pro Ditiriskan Ke Web Gelap

Beberapa minggu lalu, muncul laporan kumpulan Tata di India telah menjadi mangsa serangan siber dengan lebih 200,000 fail dipercayai berjaya dicuri. Ia menjadi isu serius selepas penggodam telah menirisikan dokumen mengandungi maklumat komponen serta pembekal iPhone 18 Pro ke sebuah laman web gelap menurut laporan Reuters.

Kumpulan penggodam World Leaks meniriskan skematik litar iPhone 18, senarai komponen lengkap dan pembekal komponen seperti TSMC serta Qualcomm. Turut didedahkan ialah komponen bateri dan kamera yang digunakan. Maklumat-maklumat ini adalah rahsia kerana mendedahkan daripada siapa Apple mendapatkan bekalan mereka.

Image from: Senarai Pembekal dan Komponen iPhone 18 Pro Ditiriskan Ke Web Gelap

Selain itu beberapa gambar rasmi iPhone 18 Pro dan ujian jatuh yang dilakukan oleh Tata juga dapat dilihat. Tata menjadi rakan pengeluar iPhone di India di bawah program Made in India yang ingin mengurangkan harga peranti. Pada waktu yang sama ia membolehkan Apple tidak lagi memusatkan pengeluaran di China.

Tahun Apple menerbangkan peranti daripada India untuk pasaran Amerika Syarikat bagi mengelakkan dikenakan Tarif Trump yang melampau. Pihak Apple dan Tata belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai serangan siber dan juga kesahihan dokumen yang ditiriskan.

Ini merupakan insiden serangan siber serius kedua melibatkan kumpulan Tata. Tahun lalu pengeluaran kenderaan Jaguar Land Rover di milik Tata di UK tergendala beberapa minggu selepas kilang menjadi mangsa serangan perisian tebusan. Penggodam dipercayai daripada Rusia dengan ia mengakibatkan kerugian £1.9 billion (~RM 10.2 bilion).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved