
Gemilang malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 berakhir dengan kemenangan unggul Aina Abdul sebagai Bintang Popular anugerah itu di Auditorium MBSA, Shah Alam. Disertakan juga senarai pemenang ABPBH 2024, tahniah buat semua!
Hadir dengan tema TEGUH pada tahun ini, ia menterjemah keutuhan ABPBH sebagai acara anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia.
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2024) tidak hanya berpandukan pada bakat semata, kerana pemenang dipilih 100 peratus berdasarkan undian peminat atau pembaca akhbar Berita Harian. Begitu juga untuk Pemenang kategori Utama dan Bintang Paling Popular ABPBH 36 yang mana dipilih berdasarkan kiraan undi tertinggi yang diterima oleh BH dan mekanisme yang sama juga digunakan untuk pemilihan pemenang bagi 17 kategori utama dan 5 kategori Ekstra.
Tanpa membuang masa ayuh kita semak nama-nama yang berjaya merangkul trofi ABPBH 36 malam tadi:
Senarai Pemenang ABPBH 2024:

Kategori Utama ABPBH 2024
1) Artis Baharu Lelaki Popular – Shah Radhy
2) Artis Baharu Wanita Popular – Erysha Emyra
3) Penyanyi Lelaki Popular – Khai Bahar
4) Penyanyi Wanita Popular – Aina Abdul
5) Aktor Filem Popular – Aedy Ashraf
6) Aktres Filem Popular – Fasha Sandha
7) Aktor Pembantu Filem Popular – Alif Hadi
8) Aktres Pembantu Filem Popular – Raja Ema
9) Aktor TV Popular – Hun Haqeem
10) Aktrs TV Popular – Anna Jobling
11) Aktor Pembantu TV Popular – Shah Iskandar
12) Aktres Pembantu TV Popular – Rita Rudaini
13) Penyampai Radio Popular – KJ
14) Pengacara TV Popular – Uyaina Arshad
15) Artis Komedi Popular – Senario
16) Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – Dolla


Kategori Ekstra ABPBH 2024
17) Lagu Paling Boom Popular
Masing-masing, Ernie Zakri & Ade Govinda
18) Couple Filem Popular
Bront Palarae & Nadiya Nisaa (Harum Malam)
19) Couple Drama Popular
Amir Ahnaf & Anna Jobling (Syurga Itu Bukan Mudah)
20) Watak Antagonis Drama Popular
Aleza Shadan
21) Artis Sensasi Popular
Siti Nordiana
Bintang Paling Popular ABPBH 2024
– Aina Abdul dengan jumlah undian 8,882,662
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
– Datuk S. Atan
Mengenai ABPBH

● Bermula tahun 1987 dengan nama Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1987 (APPP87)
– Nescafe Classic.
● Hanya tujuh kategori dipertandingkan iaitu Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita
Popular, Pelakon Pembantu Lelaki Popular, Pelakon Pembantu Wanita Popular,
Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular dan Penyanyi Berkumpulan Popular.
● Memperkenalkan kategori Artis Paling Popular pada tahun 1990 yang kini menjadi
Anugerah Bintang Paling Popular.
● Anugerah pilihan peminat terunggul yang dianjurkan secara konsisten di Malaysia.
● Sistem undian secara online 100 peratus di laman web ABPBH mula diperkenalkan
pada tahun 2017 berbanding pengundian melalui akhbar BH dan SMS pada tahun-tahun
sebelumnya.
● Diadakan setiap tahun bertujuan:
– memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air.
– memberi peluang kepada pembaca BH dan pengikut setia ABPBH untuk memilih
artis popular serta menyertai malam kemuncak anugerah.
– menjadi platform kepada penggiat seni untuk mengetahui sejauh mana
pembabitan mereka dalam industri dikenali, diiktiraf dan memberi impak kepada
orang ramai.
Senarai Pemenang ABPBH mengikut Tahun

1987 Pertama Fauziah Ahmad Daud
1988 Ke-2 Ramlah Ram
1990 Ke-3 Kumpulan Search
1991 Ke-4 Aishah
1992 Ke-5 Zainal Abidin
1993 Ke-6 Eman Manan
1994 Ke-7 Sofia Jane
1995 Ke-8 M. Nasir
1996 Ke-9 Ziana Zain
1997 Ke-10 Siti Nurhaliza
1998 Ke-11 Siti Nurhaliza
1999 Ke-12 Siti Nurhaliza
2000 Ke-13 Siti Nurhaliza
2001 Ke-14 Siti Nurhaliza
2002 Ke-15 Rosyam Nor
2003 Ke-16 Saiful Apek
2004 Ke-17 Saiful Apek
2005 Ke-18 Siti Nurhaliza
2006 Ke-19 Mawi
2007 Ke-20 Mawi
Tahun Edisi Pemenang
2008 Ke-21 Mawi
2009 Ke-22 Nabil Ahmad
2010 Ke-23 Siti Nurhaliza
2011 Ke-24 Shaheizy Sam
2012 Ke-25 Aaron Aziz
2013 Ke-26 Shaheizy Sam
2014 Ke-27 Aaron Aziz
2015 Ke-28 Shaheizy Sam
2016 Ke-29 Neelofa
2017 Ke-30 Fattah Amin
2018 Ke-31 Wany Hasrita
2019 Ke-32 Mira Filzah
2020 Ke-33 Haqiem Rusli
2021 Ke-34 Janna Nick
2023 Ke-35 Bell Ngasri
