Senarai Penuh Barisan Neon Music Festival 2025 Diumumkan, Hardwell Jadi Bintang Utama

EntertainmentMusic
12 Mar 2025 • 4:45 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Festival yang ditunggu-tunggu oleh peminat muzik kini semakin hampir ke kemuncaknya. 

Penganjur NEON Music Festival (NMF), NEON Projects Sdn. Bhd, secara rasminya telah mengumumkan senarai penuh barisan artis untuk festival besar-besaran yang akan berlangsung di KL Base Sungai Besi pada 11 April (Jumaat) hadapan.

image is not available

DJ dan Penerbit legenda yang dinanti-nantikan kemunculannya, Hardwell diangkat sebagai bintang utama festival ini setelah tujuh tahun tidak beraksi di Malaysia. Beliau bakal membawakan lagu-lagu hit seperti ‘Spaceman’ dan bunyi terbaharunya yang mencetus trend masa kini – ‘Big Room Techno’.

ARTBAT, satu nama yang sohor dalam dunia melodic techno dan terkenal dengan visual menakjubkan, juga akan membuat debut yang sangat dinanti-nantikan di rantau ini, mempersembahkan pengalaman audio-visual baharu mereka - UPPERGROUND.

Ketika peminat teruja menunggu pengumuman tentang satu lagi nama untuk menghangatkan pentas, NEON tampil membuat kejutan apabila mendedahkan bukan satu nama, tetapi tiga nama iaitu DUBVISION, Matisse & Sadko, dan Third Party yang akan bergabung untuk sesi b3b.

Ini merupakan persembahan b3b yang julung-julung kalinya daripada tiga gergasi Progressive House ini, sekaligus melakar sejarah dalam muzik tarian. 

Biarpun Matisse & Sadko pernah menemui peminat Malaysia sebelum ini, gabungan ini adalah persembahan debut Third Party yang ditunggu-tunggu di Malaysia - membawa kembali bunyi Progressive House yang digemari ke pentas tempatan untuk pertama kalinya dalam beberapa tahun.

Dengan kepulangan epik Hardwell, debut UPPERGROUND ARTBAT, dan b3b yang membuka lembaran baharu, NEON Music Festival mendefinisikan semula apa ertinya mengalami muzik elektronik secara langsung. 

image is not available

Bersedialah untuk mengekspresikan diri bersama Hardwell, ARTBAT, dan barisan artis hebat yang dijangka mencetuskan suasana festival yang paling bertenaga dan imersif yang pernah disaksikan di Malaysia.

Acara ini menjanjikan gabungan visual hebat, muzik berenergi tinggi, dan tenaga luar biasa. 

Bagi yang mengikuti jenama NEON, pasti anda boleh menjangkakan suasana festival yang tiada tandingan, peluang bergambar tanpa had,pemasangan seni, serta penekanan luar biasa pada keselamatan, keselesaan, dan hospitaliti. 

Pasukan NEON berusaha keras untuk memberikan yang terbaik demi pengalaman yang tiada tandingan.

Tiket-tiket sudah mula dijual dan anda masih punya peluang untuk mendapatkan tiket early bird yang berharga RM268. 

image is not available

Jika terlambat, boleh beli tiket untuk Tier 1 berharga RM288 atau Tier 2 berharga RM328. Tiket VIP dan VVIP juga tersedia.

Tiket boleh didapati secara dalam talian di www.neonmusicfestival.asia. 

Untuk kemas kini terkini, ikuti @neonmusicfestival di Instagram dan Facebook. - Getaran, 12 Mac 2025

View Original Article