Senarai penuh pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023

Entertainment
28 Aug 2023 • 4:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kesemua pemenang Anugerah Tiktok Malaysia 2023 yang bertempat di MITEC pada Ahad. FOTO: Instagram @TV3Malaysia.

SHAH ALAM - Penganjuran sulung Anugerah TikTok Malaysia 2023 telah melabuhkan tirainya pada Ahad bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Bertemakan ‘Yang Gah Di Skrin Kecil’, Tiktok Malaysia mengadakan acara berprestij itu bagi menghargai pencipta kandungan daripada pelbagai bidang dan latar belakang berbeza.

Sebanyak 13 kategori dipertandingkan di mana tujuh daripadanya dipilih berdasarkan undian peminat manakala enam lagi adalah melalui penilaian juri terpilih.

Berikut adalah senarai pemenang kategori berdasarkan undian peminat:

Creator of The Year - Khairul Aming

Celebrity of The Year - Aeril Zafrel

Popular Creator of The Year - Ryan Bakery

Tiktok Shop Creator of The Year - Anas Zahrin

Popular Animation Account of The Year - Upin & Ipin

Live Creator of The Year - Tiger Labu

Rising Star of The Year - Ikhmal Nour

Senarai pemenang kategori berdasarkan penilaian juri:

Best of Beauty and Fashion - Shahira Azlan

Best of Education - Sir Asai

Best of Entertainment - Eiqa Maleq

Best of Foodie - Syafira Jamil

Best of Gaming - Sultan Riq

Best of Sports - Kkhalish