Senarai Selebriti Yang Dijemput Menjadi Tetamu Allah Menunaikan Ibadah Haji Pada Tahun 2023

29 Jun 2023 • 10:39 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Musim haji tiba lagi tahun ini, dan pada tahun 2023 seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun. 

Ramai selebriti tanah air dilihat telah menerima jemputan untuk menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu mengerjakan ibadah haji. 

Berikut adalah senarai selebriti serta figura terkenal tanah air yang menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

 

Lisdawati

Pelakon dan isteri kepada Fauzi Nawawi ini telah berangkat menunaikan ibadah haji buat pertama kali pada 22 Mei yang lalu.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15)

 

Alif Satar 

Penyanyi, pelakon dan pengacara ini telah menerima seruan Ilahi untuk menunaikan ibadah haji bersama isterinya pada tahun ini. Alif telah berangkat ke tanah suci pada minggu lalu.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

 

Datuk Aaron Aziz

Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz juga telah diberikan peluang untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini bersama dengan isterinya Datin Diyana Halik.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

 

Faizal Tahir 

Penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir turut menjadi tetamu Allah pada tahun ini untuk menunaikan ibadah haji.

image is not available
Faizal Tahir, Alif Satar dan rakan-rakan

 

Zul Ariffin

Pelakon terkenal yang sedang hangat dengan drama 'Perempuan Itu', Zul Arrifin antara yang dijemput menjadi tetamu Allah untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

        View this post on Instagram                      

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

 

Datuk Seri Aliff Syukri

Usahawan terkenal ini telah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji bersama anak sulungnya dan ibu selepas kali terakhir ke Mekah kira-kira 15 tahun lalu.

 

Erna Elliyana

Bekas pelakon dan penyanyi yang kini bergelar usahawan, Erna Elliyana telah dipanggil menjadi tetamu Allah pada tahun ini untuk menunaikan ibadah haji bersama suaminya.

 

Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa

Suami kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid telah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji minggu lalu.

Semoga kesemua selebriti serta umat Islam yang menunaikan ibadah haji pada tahun ini mendapat ibadah haji yang mabrur. Selamat menunaikan ibadah haji dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. - Getaran, 29 Jun 2023