Sengaja buat social experiment, lelaki India terharu jejaka Melayu murah hati kongsi makanan

LocalEntertainment
21 Nov 2024 • 10:33 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Lelaki India terharu

Seorang lelaki India terharu apabila uji kaji sosial dengan meminta makanan terhadap seorang jejaka Melayu membuahkan hasil.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @arun.fivestar di laman TikToknya, dapat dilihat Arun memerhati jejaka Melayu itu yang sedang menikmati makanannya di atas motosikal.

Lelaki India terharu

Bagi menguji keprihatinan jejaka Melayu tersebut, Arun yang ketika itu berada di dalam sebuah lori sengaja meminta sedikit makanan atas alasan lapar.

“Budak Melayu ni makan, saya saja nak minta satu makanan sebab lapar. Nak tengok apa dia punya reaksi,” katanya.

Bagaimanapun, apa yang mengejutkan Arun adalah jejaka Melayu itu lantas bangun daripada motosikalnya dan kemudian menghulurkan dua ketul makanannya merentasi tanaman hiasan.

Lelaki India terharu

image is not available

image is not available

Netizen kagum dengan silaturahim kaum di Malaysia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan hubungan silaturahim masyarakat yang sentiasa bersedia membantu antara satu sama lain tanpa mengira kaum.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Semoga ikatan perpaduan tiga bangsa sentiasa kukuh!

Dalam pada itu, ramai mendoakan bangsa Melayu, Cina dan India terus mengekalkan semangat kekitaan dan perpaduan walaupun memiliki fahaman idelogi yang berbeza.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @arun.fivestar

View Original Article