Sengaja Tendang Pengadil, Pemain Selangor FC Akan Dikenakan Hukuman

25 Sep 2023 • 11:20 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perlawanan antara Selangor FC dan Terengganu FC semalam berakhir dengan layangan kad merah daripada pengadil kepada pemain pertahanan import Selangor FC, Yazan Al-Arab.

image is not available

Memetik laporan Berita Harian, Yazan bakal berdepan hukuman berat selepas sengaja menendang pengadil perlawanan, Mohd Hasrol Mohd Amir di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

image is not available

Tindakan tersebut berkemungkinan disebabkan oleh rasa tidak puas hatinya terhadap mutu pengadilan. Melalui tinjauan, rata-rata pemain dan staf pasukan Selangor turut kecewa dengan keputusan pengadil perlawanan.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh @nocontextbolamy di X, Yazan kelihatan sedang menengking dan menunjukkan isyarat protes dengan keputusan pengadil.

Yazan juga kelihatan menarik bahu pengadil tersebut dengan kasar kemudian menolaknya. Tindakan tersebut membuatkan Hasrol melayangkan kad merah kepada pemain terbabit.

Layangan kad merah itu seakan menambah kemarahan Yazan sehingga beliau menendang bahagian belakang pengadil tersebut. Sebelum kejadian itu menjadi lebih teruk, pergaduhan tersebut dileraikan pemain Selangor yang lain.

image is not available

Untuk makluman, pasukan Selangor FC terikat 1-1 sekali gus tersingkir menerusi perkiraan agregat memihak Terengganu FC 3-1 selepas lawan menang 2-0 pada suku akhir pertama di Kuala Terengganu minggu lalu.

Sumber: Berita Harian (Firdaus Hashim) & MakanBola (Azri Haziq)