Senggara loji, rujuk laman sosial Air Selangor untuk status bekalan

5 Oct 2023 • 3:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

HULU LANGAT, 5 OKT: Pengguna boleh merujuk laman sosial rasmi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bagi mengetahui status terkini bekalan air di kawasan masing-masing.

Pemangku ketua pegawai eksekutifnya berkata maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa susulan penambahbaikan dan penggantian aset Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat pada 10 Oktober.

Selain media sosial, Ir Abas Abdullah menjelaskan orang ramai boleh menghubungi Air Selangor di talian 15300 atau rujuk pautan waterupdates.airselangor.com (sebelum ini dikenali hentitugas.airselangor.com).

“Kami komited dalam memastikan maklumat jadual kerja sentiasa dikemas kini tepat pada waktunya. Ini termasuk kerja yang sudah dilaksana, anggaran masa pemulihan dan maklumat lain,” katanya.

Bercakap dalam sidang media di LRA Sungai Langat di sini hari ini, Abas berkata tempoh gangguan dan pemulihan air di kawasan terjejas berbeza mengikut jarak premis dan tekanan sistem bekalan.

Sebelum ini, Air Selangor memaklumkan pelaksanaan kerja itu menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di Wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat bermula 9 pagi pada 10 Oktober.

Kerja berkenaan dijangka siap jam 7 malam hari sama dan bekalan air disalurkan secara berperingkat kepada pengguna. Bekalan dijadual pulih sepenuhnya jam 12 tengah hari pada 12 Oktober.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved