Sengit, siapa ungguli ASA2026, terjawab malam ini

LocalEntertainment
24 Oct 2026 • 10:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sengit, siapa ungguli ASA2026, terjawab malam ini

SELEPAS dua tahun, Anugerah Seri Angkasa 2026 kembali mengiktiraf hasil kerja anak seni tempatan. Kali ini, calon-calon Top 5 dalam setiap kategori sangat sengit yang rata-ratanya dimonopoli mereka lebih senior dalam industri.

Meneliti Top 5 kategori popular iaitu Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik, calon pemenang memang tidak boleh ditebak.

Kategori Pelakon Lelaki Terbaik kali ini menyaksikan Azhan Rani tercalon untuk dua drama iaitu Seribu Tahun dan Wok, manakala Allahyarham Jalil Hamid juga dua pencalonan iaitu menerusi drama Kalam Murabbi dengan Pimpinku Ke Jannah serta Zamarul Hisham (Terpadamnya Pelita Syawal).

Top 5 kategori Pelakon Wanita Terbaik juga tidak kurang sengit apabila lakonan hebat Fauziah Ahmad Daud berjaya membolosi dengan dua pencalonan iaitu drama Dosa Tak Terampun dan Cinta Yang Menakluki sementara Mira Filzah pula dengan Curang Tanpa Niat, Noorkhiriah (Seribu Tahun) dan Sharifah Sakinah (Wok).

Top 5 Drama Terbaik menyaksikan persaingan lima karya hebat iaitu Pondok Abuya (Jalena Rejab), Rapun (Jalena Rejab), Selampai Labung (Danny Alamsyah), Terpadamnya Pelita Syawal (Arif Izuddin Mohd Radzali), Pinggan Retak Di Tapak Tangan (Muhammad Idlan Afiq).

Untuk kategori Drama Bersiri Terbaik pula, ramai menjangka anugerah itu akan menjadi milik Khunsa arahan Sharulezad Mohameddin, namun potensi empat lagi naskhah iaitu Genarasi Perfect 10 (Astro Shaw), Project: Exit (Astro Shaw), Wok (Azlina Abdul Wahid) dan Haluan (Zul Arif Mohd Kharib) untuk menang tidak boleh diketepikan.

Trofi Pengarah Terbaik pula pertembungan lima penjuru pengarah hebat Eyra Rahman untuk drama Wok, Bade Haji Azmi (Dosa Tak Terampun), Rashid Sibir (Pimpinku Ke Jannah), Mohd. Fazli Yahya (Bilal dan Abah) dan Mohd. Zainorhisyam Samudin (Kalam Murabbi).

DIVA: Jika Allahyarham Jalil Hamid menang dalam mana-mana kategori, memang Diva sebak.

The post Sengit, siapa ungguli ASA2026, terjawab malam ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved