Seni Di Sebalik Jentera: Pelajar MSU Selami Dunia Rekaan Kereta Bersama PROTON

LocalCars
13 Feb 2026 • 12:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Di sebalik rupa paras kenderaan yang memukau di jalan raya, tersimpan satu rantaian proses reka bentuk kritikal yang menentukan 'jiwa' dan karakter sesebuah model. Apakah proses yang dilalui? Perkara ini didedahkan kepada lebih 20 peserta muda apabila mereka berpeluang menyelami dunia reka bentuk automotif secara eksklusif bersama pakar-pakar dari PROTON, baru-baru ini.

Bengkel yang diadakan di sebuah pusat latihan NGO ini merupakan kolaborasi strategik antara PROTON dan Management & Science University (MSU). Ia menghimpunkan pelajar berusia antara 15 hingga 25 tahun untuk mempelajari seni penggayaan kenderaan serta kemahiran asas reka bentuk digital.

Siapakah Individu Di Sebalik Tabir Reka Bentuk PROTON Ini?image is not availableimage is not availableimage is not available

Tiga nama penting dari bahagian reka bentuk PROTON, Ayu Mastura Khamis, Harman Shah Sulaiman dan Wan Taqiyyudin Ahmad Was Hussin telah meluangkan masa berkongsi pengalaman berharga mereka.

Bukan sekadar menunjukkan model kereta yang sudah siap, mereka mendedahkan proses kritikal di peringkat awal seperti:

Pemilihan Skema Warna: Bagaimana warna boleh mempengaruhi emosi pembeli.Material Ruang Kabin: Pemilihan bahan yang menggabungkan elemen estetika dan keselesaan.Konsep Penggayaan: Bagaimana idea mentah ditukar menjadi sebuah visi kenderaan yang realistik.Apakah Ilmu 'Mahal' Yang Dipelajari Oleh Para Pelajar?image is not availableimage is not available

Berbeza dengan pameran kereta biasa, bengkel ini memfokuskan kepada perjalanan reka bentuk itu sendiri. Peserta didedahkan kepada:

Proses Sumbang Saran: Bagaimana menjana idea-idea luar kotak.Pembangunan Idea: Teknik memperincikan lakaran awal kepada reka bentuk yang lebih matang.Kemahiran Digital: Dengan bimbingan tambahan daripada Pensyarah Grafik Media dan Reka Bentuk MSU, Muhammad Afifi Ahmad Tarmizi, peserta diperkenalkan kepada alatan digital moden yang digunakan dalam industri hari ini.Mengapa PROTON Sangat Menitikberatkan Program Pendidikan Seperti Ini?

Bagi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa, perkongsian ilmu adalah salah satu cara syarikat nasional ini menyumbang kembali kepada masyarakat.

"Ilmu itu ibarat pelita, biarpun kecil cahayanya, ia mampu menerangi jalan yang gelap. Di PROTON, kami percaya bahawa perkongsian ilmu akan mencetuskan rasa ingin tahu dan membuka pintu kepada pelbagai peluang baharu," ujar beliau.

Juga Menarik: Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800