Seni muzik terapi bantu percepat perkembangan kanak-kanak spastik

Health & FitnessMusic
13 Jun 2026 • 11:18 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Seni muzik terapi bantu percepat perkembangan kanak-kanak spastik

PETALING JAYA, 13 JUN: Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan (SCAS&FT) menjalinkan kerjasama dengan Cerebral Palsy Alliance Singapore (CPAS) menerusi Program Pertukaran Budaya Rentas Sempadan bagi mengukuhkan hubungan antara pendidik dan penggiat seni kedua-dua negara.

Presidennya, Dato' Hong Yee Keong berkata program itu melibatkan penyertaan 16 kakitangan dan pelajar CPAS dalam usaha memperluas pendedahan pembelajaran untuk pelajar berkeperluan khas yang mengikuti program kendalian persatuan berkenaan.

Beliau berkata, konsert Music Beyond Boundaries yang menjadi acara kemuncak program turut memberi pendedahan mengenai peranan muzik sebagai terapi dalam membantu mempercepat perkembangan kanak-kanak spastik.

Image from: Seni muzik terapi bantu percepat perkembangan kanak-kanak spastik
Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan, Dato' Hong Yee Kong bercakap kepada media selepas program Music Beyond Boundaries di Dewan Teong Kim Chai, Petaling Jaya pada 12 Jun 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Menurutnya, konsert itu dianjurkan bagi mengetengahkan bakat serta potensi kanak-kanak berkeperluan khas dalam bidang muzik, selain mempromosikan penggunaan muzik sebagai medium terapi antara peserta dari Malaysia dan Singapura.

"'Music Beyond Boundaries' turut menampilkan persembahan kolaborasi bersama Music Mart Kanak-Kanak Istimewa Neurodivergen. Muzik berjaya menarik minat kanak-kanak spastik untuk memahami irama dan seterusnya merangsang pergerakan anggota badan mereka," katanya.

SCAS&FT ialah sebuah organisasi kebajikan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan 65 tahun lalu bagi meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak menghidap Cerebral Palsy (CP) menerusi pelbagai program dan perkhidmatan percuma.

Ketika ini, seramai 150 kanak-kanak spastik berdaftar dengan persatuan itu yang disokong oleh 40 kakitangan, 10 guru dan lima ahli terapi profesional.

Image from: Seni muzik terapi bantu percepat perkembangan kanak-kanak spastik
Ibu bapa dan penjaga serta kanak-kanak kelainan upaya bergambar bersama-sama sempena program Music Beyond Boundaries di Dewan Teong Kim Chai, Petaling Jaya pada 12 Jun 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved