
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Menyaksikan matahari tenggelam sememangnya satu pengalaman yang memukau dan dapat menerbitkan rasa luar biasa terhadap alam.
Bayangkan apabila anda mengadakan acara berlatar belakangkan langit jingga saat matahari tenggelam di tepi laut, pasti ia menjadi memori yang tidak dapat dilupakan oleh para tetamu.
Kini, dengan pelancaran ‘Senja’, anda boleh memenuhi impian sedemikian!
Senja Oleh Ombak Villa Langkawi Dibuka Mei Ini
Pada 27 April lalu, team Buzzkini berkesempatan untuk menghadiri soft launch Senja yang terletak di Pulau Langkawi, Kedah.
Dikendalikan oleh Ombak Villa Langkawi, Senja merupakan sebuah ruang acara di bawah syarikat hartanah M K Land Holdings Berhad.
Senja yang telah dibuka kepada orang awam bermula Mei 2025 merupakan lokasi versatil dan boleh disesuaikan bagi pelbagai majlis yang ingin dianjurkan.

Ruang Yang Versatil & Sesuai Untuk Pelbagai Acara
Terletak hanya lima minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK), Senja mempunyai kedua-dua ruangan indoor dan outdoor yang boleh dipakai mengikut kesesuaian.
Dengan tagline “Celebrate Every Moment”, acara yang boleh dijalankan di Senja termasuklah:
- Percutian Korporat & Mesyuarat
- Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)
- Konferens/ Konvensyen
- Majlis Makan Malam & Perayaan Peribadi
- Majlis Pernikahan & Perkahwinan
- Persembahan/ Konsert Mini

Ruang acara pertama di Langkawi yang berhadapan dengan pantai ini mempunyai kapasiti 400 pada bahagian dalam manakala 300 lagi di luar.
Senja pasti menjadi ruang acara yang sempurna bagi anda kerana dapat mengajak para hadirin sama-sama menikmati keindahan alam sekitar di samping memenuhi jemputan.
Keselesaan tetamu juga menjadi keutamaan di Senja dengan pelbagai kemudahan seperti ruang solat dan bilik menunggu.

Senja Ruang Acara Mesra Alam, Bakal Terima Sijil GreenRE
Apa yang lebih menarik lagi, Senja pastinya pilihan yang terbaik buat mereka yang menginginkan majlis mesra alam sekitar.
Sesuai dengan namanya, Senja menggunakan cahaya matahari semula jadi menerusi penggunaan panel kaca pada seluruh bangunan itu.

Ruang acara itu dilengkapi dengan 24 panel solar bagi memastikan kecekapan tenaga dan mempunyai sistem pengumpulan air hujan.
Walaupun berlokasi di hadapan laut dan terdedah pada cahaya matahari petang, namun bangunan ini dibina dengan reka bentuk pengurangan haba yang menghadap ke arah barat.
Malah, Senja juga dibangunkan menggunakan bahan-bahan mesra alam dengan reka bentuk penyejukan pasif.

Dalam pembinaannya, 33 pohon kelapa matang yang terletak di lokasi telah dipelihara.
Di samping itu, sebanyak 101 pokok dan kira-kira 3,000 pohon renek telah ditanam di sekitar kawasan Senja.
Senja juga bakal menerima rating Bronze bagi pensijilan Green Real Estate (GreenRE), menjadikannya ruang acara pertama dalam negara yang menerima pengiktirafan sedemikian kerana berjaya melepasi proses penilaian bagi ciri-ciri bangunan hijau.

Ombak Villa Langkawi Praktik Konsep ‘Farm To Table’
Selain pembinaan Senja, Ombak Villa Langkawi juga telah memperkenalkan kebun ‘Daun & Akar’ yang menempatkan 15 jenis herba, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Dengan mengutamakan ciri-ciri hijau, pencahayaan solar telah dipasang di sekitar kebun tersebut serta air hujan dikumpul bagi kegunaan pengairan.

Tumbuh-tumbuhan di sana juga bebas kimia berbahaya apabila bahan baja dan racun serangga yang digunakan adalah bersifat organik.
Daun & Akar juga menyediakan tempat bagi bahan-bahan kompos dengan menggunakan sisa makanan yang dikumpul.
Menerusi konsep ‘Farm to Table’, setiap tanaman akan digunakan dalam masakan di resort berkenaan, termasuklah di Senja.

Bagi anda yang berminat untuk berkunjung ke Senja demi mengadakan acara istimewa, berikut merupakan info penting:
Lokasi: Senja by Ombak Villa Langkawi
Alamat: Ombak Villa Langkawi, Lot 78, Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah.
Nombor telefon: 04-955 8181
Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut menerusi Instagram Senja dan Ombak Villa Langkawi.
