Sennheiser CX 500BT Wireless Earbuds Diperkenalkan Dengan ANC Dan Bateri 24 Jam

TechnologyDigital
26 Oct 2022 • 3:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sennheiser CX 500BT Wireless Earbuds merupakan set fon telinga nirwayar dengan tubuh kompak. Melaluinya ia menawarkan fon jenis dalam telinga dengan putik silikon dan pod pengecas bersaiz poket yang disediakan dalam satu pilihan warna sahaja iaitu kelabu.

image is not available

Setiap fon telinga dimuatkan dengan dwi-mikrofon terbina bersama sistem pembatalan hingar aktif terbina. Mikrofon ini diiklankan mampu menyajikan pengalaman bass yang memuaskan, di samping mampu menapis bunyi latar belakang untuk audio lebih jelas. Turut disertakan adalah mod telus yang boleh diaktifkan dengan cara menyentuh fon telinga pada sebelah kiri.

image is not available

Seterusnya codec adaptif SBC, AAC, aptX dan aptX turut disokong, sementara itu tambatan pantas pula boleh dibuat menerusi sambungan Bluetooth 5.2. Fon telinga ini juga diiklankan mampu beroperasi sehingga 8 jam, kemudian meningkat kepada 24 jam dengan bantun pod pengecasan. Pengecasan selama 10 minit pula boleh menyajikan masa main balik sehingga 1 jam.

image is not available

Sennheiser CX 500BT Wireless Earbuds dijual di China dengan harga RMB1299 (~RM844) untuk seunit. Tiada maklumat lanjut mengenai ketersediaannya untuk pasaran luar yang diketahui setakat ini.