Senoi Praaq kawal sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok mulai 1 Disember

LocalPolitics
25 Nov 2024 • 9:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KOTA BHARU, 25 NOV: Pasukan Senoi Praaq akan dikerah untuk membantu pengoperasian Pasukan Gerakan Am (PGA) sedia ada bagi menjaga sempadan Malaysia-Thailand, Sungai Golok bermula 1 Disember ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata lebih 90 anggota pasukan berkenaan adalah daripada PGA Senoi Praaq di Bidor dan Pengkalan Hulu, Perak, yang akan ditempatkan di sepanjang pos sempadan itu.

Beliau berkata keputusan untuk menugaskan keanggotaan pasukan itu di sempadan negara juga telah dipersetujui Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

“Seperti sedia maklum, kita tahu pasukan Senoi Praaq yang diterajui masyarakat Orang Asli ini memang tegas dan mereka sangat mematuhi arahan ketua.

“Insya-Allah, isu ketirisan dan salah guna kuasa di sempadan negara akan dapat dikawal termasuklah di sempadan sebelah utara,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

– BERNAMA