Sensodyne Fresh Mint baharu tangani gigi sensitif. Tak perlu lagi tahan ngilu bila mengidam aiskrim

LocalHealth & Fitness
13 May 2025 • 2:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

RASA ngilu masa makan aiskrim atau minum kopi panas? Jangan tahan lagi! Label ubat gigi nombor satu untuk gigi sensitif di Malaysia kini tampil dengan Sensodyne Fresh Mint versi baharu.

Inovasi lebih segar, kuat dan pastinya menyenangkan mereka yang sering berdepan masalah gigi sensitif.

Pengarah Pemasaran Haleon untuk Malaysia, Singapura dan Brunei, Law Chen berkata, terlalu ramai rakyat negara ini menahan ketidakselesaan yang berpunca daripada gigi ngilu.

“Menerusi tinjauan yang dilakukan melibatkan 248 individu, sebanyak 69 peratus mengalami gigi sensitif secara berterusan dan sebanyak 61.8 peratus memilih untuk bertahan dengan ketidakselesaan tersebut.

image is not available

“Justeru, penemuan itu menekankan betapa perlunya penyelesaian yang berkesan dan kesedaran yang lebih tinggi terhadap masalah sensitiviti. Inilah sebabnya Sensodyne bersama-sama Persatuan Pergigian Malaysia, memperhebat usaha kesedaran dan menggalakkan intervensi awal,” katanya.

Lelaki itu pemilik akaun syarikat Cikgu Kimchi Trading yang dikaitkan dengan kes penipuan pakej pelancong ke Korea. " />

function showImageDetail(position) { }

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved