Sensor Kamera 200MP Samsung ISOCELL HP3 Dilancarkan

TechnologyDigital
23 Jun 2022 • 7:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tahun lalu ISOCELL HP1 dilancarkan sebagai sensor kamera pertama bersaiz 200MP untuk digunakan pada peranti mudah alih. Hari ini Samsung melancarkan pula ISOCELL HP3 sebagai sensor 200MP generasi terkini mereka. Perbezaan antara dua sensor ini ialah HP3 mempunyai saiz pixel lebih kecil 0.56 μm dan saiz fizikal sensor 1/1.4″ yang 20% lebih kecil berbanding HP1.

image is not available

Dengan sistem Tetra2pixel gambar 50MP yang tajam boleh diambil oleh HP3. Untuk mod malam yang lebih terang pula ia menyokong menggabungkan 16 pixel menjadi satu untuk gambar sebesar 12.5 MP. Sensor turut dipertingkatkan untuk mengambil gambar lebih pantas dan HDR yang lebih.

Sistem pemfokusan Super-QPD juga menurut Samsung mempercepatkan proses memfokus imej. Akhir sekali sensor boleh mengambil sebanyak 1 trilion warna (14-bit) yang merupakan peningkatan dari hanya 68 bilion warna (12-bit) pada HP1. Sensor akan mula dikilangkan tahun ini dengan sampel sudah boleh dipesan oleh pengeluar.