Sensor Samsung ISOCELL HPC 200MP Dilancarkan

TechnologyDigital
10 Aug 2026 • 10:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung ISOCELL HPC dilancarkan dengan ia sebuah lagi sensor kamera 200MP yang menyasarkan penggunaan pada telefon kelas mercu. Sensor menggunakan teknologi senibina baharu DeepPix yang memberikan tumpuan kepada peningkatan prestasi HDR, zum dan rakaman video.

Image from: Sensor Samsung ISOCELL HPC 200MP Dilancarkan

Sensor 200MP ini mempunyai saiz fizikal 1/1.3 inci dengan saiz piksel 0.6µm, resolusi efektif 16,384 × 12,288 pixel dan menyokong tangkapan RAW sehingga 16-bit. HPC pada nama sensor ini ialah untuk High Precision Microlens (High-P) yang boleh menumpukan lebih banyak cahaya pada sensor.

Image from: Sensor Samsung ISOCELL HPC 200MP Dilancarkan

Menerusi teknik Front Deep Trench Isolation pula, gambar yang diambil akan nampak lebih terang, kurang kesan hingar, dan HDR yang lebih luas. Gambar HDR 16-bit boleh diambil dengan satu tangkapan sahaja tanpa perlu menggabungkan beberapa dedahan seperti teknologi HDR yang digunakan sekarang.

Sensor telah mula dikeluarkan untuk pelanggan. Adalah dipercayai sensor akan digunakan oleh Oppo Find X10 dan Vivo X500 serta siri Galaxy S27 yang akan dilancarkan tahun depan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved